Hull tetap mara walaupun tewas

Hull tetap mara walaupun tewas

LONDON, 18 Mei (AFP) – Hull City berjaya mara untuk persaingan akhir playof Kejuaraan semalam biarpun tewas 2-0 di laman sendiri 2-0 kepada Derby County dalam perlawanan kedua separuh akhir mereka.

Kemenangan Hull 3-0 pada perlawanan pertama pada hujung minggu lalu menyaksikan Derby perlu melakukan lebih banyak dalam perlawanan timbal balik di Stadium KC ketika pasukan kendalian Steve Bruce menempah tempat menentang pesaing Yorkshire, Sheffield Wednesday di Wembley lewat bulan ini.

Derby cuba untuk menterbalikkan keputusan dan perlawanan malam itu bermula dengan baik ketika mereka berada di depan pada minit ketujuh.

Cyrus Christie melakukan dengan baik untuk meluru ke kanan dan hantaran lintangnya tepat kepada bekas pemain penyerang Dundee United, Johnny Russell, yang menjaringkan gol pada percubaan kedua selepas rembatan awalnya berjaya dihalang.

Perasaan gentar jelas bagi pasukan tuan rumah ketika Derby terus berada di depan sembilan minit sebelum rehat, Andy Robertson menjaringkan gol ke gawang sendiri selepas Curtis Davies secara tidak sengaja melantunkan hantaran lintang Marcus Olsson.

ARTIKEL YANG SAMA