Hummels bantu Bayern atasi Leverkusen

Hummels bantu Bayern atasi Leverkusen

BERLIN, 27 Nov – Jaringan Matt Hummels membantu Bayern Munich mengatasi Bayer Leverkusen 2-1 dan menamatkan deretan tiga perlawanan tanpa kemenangan untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Bundesliga, RB Leipzig kepada tiga mata.

Hummels menanduk masuk sepakan sudut Joshua Kimmich di babak kedua untuk memastikan Bayern tidak terus ketinggalan.

Thiago Alcantra meletakkan Bayern kendalian Carlo Ancelotti di depan pada babak pertama tetapi Hakan Calhanoglu menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Keputusan itu mengembalikan Bayern yang berada di tangga kedua kepada rentak kemenangan selepas seri 1-1 menentang Hoffenheim, tewas 1-0 di Borussia Dortmund dan kekalahan 3-2 Liga Juara-Juara di Rostov Rabu lalu. – AFP

Matt Hummels meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. - AP
Matt Hummels meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA