Hummels: Kami sedia hadapi Ireland Utara

Hummels: Kami sedia hadapi Ireland Utara

PARIS, 21 Jun (AFP) – Pemain Jerman, Mats Hummels mengakui kagum dengan pasukan Ireland Utara pada kempen Euro 2016 tetapi dia bertekad untuk menafikan kisah dongeng mereka di Paris.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan di Parc des Princes untuk aksi terakhir Kumpulan C, awal pagi Rabu ini dengan juara dunia, Jerman memerlukan satu mata bagi mara ke pusingan 16 terbaik.

Hummels kemungkinan akan berdepan Conor Washington yang pernah bekerja sebagai posmen dan tonggak pertahanan Borussia Dortmund itu, berkata dia pernah mendengar mengenai latar belakang penyerang Queens Park Rangers berkenaan.

Mats Hummels ketika dalam perlawanan menentang Poland, baru-baru ini. – AFP
Mats Hummels ketika dalam perlawanan menentang Poland, baru-baru ini. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Saya ada mendengar cerita itu, saya suka cerita seperti itu. Kami tahu mereka hidup diselubungi dengan emosi dan sokongan daripada penyokong.

“Saya rasa 10 peratus penduduk Ireland Utara berada di sini. Ia adalah sukar untuk kami membawa lapan juta rakyat negara kami ke sini. Namun, ia membuktikan pengaruh emosi yang kuat di kalangan mereka,” kata Hummels.

ARTIKEL YANG SAMA