Hummels: Minat Man United ‘satu penghormatan’

Hummels: Minat Man United ‘satu penghormatan’

SINGAPURA, 9 Julai (AFP) – Kapten pasukan Borussia Dortmund, Mats Hummles semalam berkata dia merasa dihormati kerana berjaya menarik minat Manchester United tetapi menutup pintu bagi sebarang perpindahan tahun ini.

Pemain pertahanan dari Jerman itu digambarkan sebagai salah satu sasaran perpindahan tertinggi United tetapi ketika bercakap kepada media di Singapura, dia mengesahkan laporan awal bahawa dia terus kekal buat masa ini.

“Apabila ada kelab besar dan Manchester United adalah salah sebuah kelab besar dunia berminat dengan anda, ia adalah satu penghormatan dan seperti penerimaan apa yang anda mainkan – jadi ia adalah perkara yang bagus,” katanya ketika jelajah Dortmund di Asia.

“Selalu ada khabar-khabar angin tahun lepas mengenai hampir setiap satu daripada empat pemain tetapi saya memutuskan untuk tidak berpindah tahun ini dan ia adalah satu perkara yang boleh saya katakan mengenainya,’ tambahnya.

Hummels, menjulang Piala Dunia di Brazil tahun lepas dan sentiasa dialu-alukan United ketika pengurus Louis van Gaal dilihat meningkatkan pertahanannya.

Mats Hummels (kiri) semasa menyertai sesi latihan di Kawasaki, 6 Julai lalu. – AFP
Mats Hummels (kiri) semasa menyertai sesi latihan di Kawasaki, 6 Julai lalu. – AFP

Rakan sepasukan seperti Ilkay Gundogan juga menolak tawaran United dan bercakap mengenai ikatannya bersama Shinji Kagawa dari Jepun, yang kembali ke Dortmund selepas mengalami kesukaran di Old Trafford.

“Saya biasa hidup dengan Shinji. Saya datang ke Borussia Dortmund, dalam bangunan yang sama. Bagi kami amat senang (untuk bersama) kerana kadangkala kami jatuh bangun bersama dalam latihan dan bangkit kembali,” kata pemain midfield itu.

“Kami juga baru menggunakan sebuah kereta kerana itu yang lebih baik bagi keduanya. Selepas sesi latihan, kami pergi makan malam atau sesuatu seumpamanya dan begitulah kami boleh menjadi kawan rapat,” kata Gundogam.