Hummels tandatangan kontrak dengan Bayern

Hummels tandatangan kontrak dengan Bayern

BERLIN, 24 Mei (AFP) – Pemain pertahanan Jerman, Mats Hummels sudah melengkapkan urusan perpindahannya secara rasmi ke Bayern Munich dari Borussia Dortmund dengan menandatangani kontrak lima tahun bersama gergasi Bavaria itu, semalam.

Kapten Borussia Dortmund berumur 27 tahun itu akhirnya menyelesaikan urusan perpindahannya yang dilaporkan menelan kos 38 juta euro oleh Bayern.

Kedua-dua kelab itu sudah mengesahkan mengenai perjanjian pada 10 Mei, apabila Bayern mengumumkan perbelanjaan 73 juta euro dalam sehari apabila mendapatkan Hummels dan pemain remaja Portugal, Renato Sanches dari Benfica.

Dortmund memperoleh durian runtuh menerusi perjanjian itu apabila sebelum ini hanya membayar empat juta euro kepada Bayern bagi mendapatkan pemain itu yang memenangi Piala Dunia pada 2008.

Mats Hummels akan bermain bersama Bayern Munich bermula musim depan. - AP
Mats Hummels akan bermain bersama Bayern Munich bermula musim depan. – AP

“Kami dengan besar hati mengucapkan selamat datang kembali kepada Mats di Bayern,” kata pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge dalam satu kenyataan.

“Dengan mendapatkannya, kami kini bukan sekadar mempunyai pemain pertahanan berkelas dunia, tetapi juga pemain yang tidak takut mengambil tanggung jawab dan lebih lagi, datang daripada akademi kami.”

Hummels adalah pemain ketiga terbesar Borussia yang meninggalkan Bayern dalam tiga tahun lalu selepas Mario Goetze (2013) dan Robert Lewandowski (2014).

ARTIKEL YANG SAMA