Hun Sun sertai pemukiman kabinet Kemboja-Thailand

Hun Sun sertai pemukiman kabinet Kemboja-Thailand

BANGKOK, Thailand, 18 Dis (Agensi) – Perdana Menteri Kemboja Hun Sen tiba di Thailand hari ini untuk menyertai pemukiman bersama kabinet Kemboja dan Thailand yang bermula hari ini sehingga esok.

Hun Sen dan rakan sejawatannya dari Thailand, Prayut Chan-o-cha akan mempengerusikan bersama pemukiman bersama ke-2 kabinet Kemboja dan Thailand pada esok untuk perbincangan bagi isu-isu politik dan keselamatan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan.

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan penandatangan perjanjian lima dokumen: Deklarasi Bersama Pemukiman Kabinet Bersama Ke-2 Kemboja dan Thailand, memorandum persefahaman (MoU) mengenai pembangunan pintu masuk Antarabangsa Stung Bot-Nong Ian, MoU mengenai kerjasama buruh, perjanjian pengambilan pekerja dan perjanjian kerjasama di antara majlis perniagaan.

Hun Sen (kanan) dan Perdana Menteri Thai Jeneral Prayut Chan-O-Cha (kiri) memeriksa perbarisan kehormat di Rumah Kerajaan di Bangkok pada 18 Disember 2015. – AFP
Hun Sen (kanan) dan Perdana Menteri Thai Jeneral Prayut Chan-O-Cha (kiri) memeriksa perbarisan kehormat di Rumah Kerajaan di Bangkok pada 18 Disember 2015. – AFP

Sepanjang lawatan itu, Hun Sen juga akan mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Thailand.

Lawatan beliau juga bersempena ulang tahun ke-65 bermulanya hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara jiran berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA