Hungary akhiri penantian

Hungary akhiri penantian

BUDAPEST, 16 Nov (AFP) – Hungary mara ke final perlawanan utama mereka sejak Piala Dunia 1986 selepas menewaskan Norway 2-1 semalam untuk muncul sebagai pemenang dengan agregat 3-1 dalam play-off Euro 2016.

Taman Priskin menjaringkan gol pembukaan perlawanan dengan rembatan minit ke-14 sebelum gol sendiri Markus Henriksen tujuh minit sebelum tamat perlawanan untuk memberikan Hungary tempat di Perancis musim depan.

Henriksen kemudian menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk menebus kesilapannya tetapi terlambat bagi Norway yang muncul buat kali terakhir di Euro pada tahun 2000.

Hungary menguasai persaingan selepas midfield Laszlo Kleinheisler menandakan kemunculan antarabangsanya dengan gol tunggal perlawanan pertama di Oslo Khamis lalu.

Hungary tidak memerlukan masa yang lama untuk menambah kelebihan mereka di Groupama Arena semalam. Pada minit ke-14, hantaran bola tinggi berada di sudut kiri dari Tamas Kadar mendapatkan Priskin.

Pemain Hungary meraikan jaringan kemenangan semasa menentang Norway di Grupama Arena, Budapest semalam. – AFP
Pemain Hungary meraikan jaringan kemenangan semasa menentang Norway di Grupama Arena, Budapest semalam. – AFP

Penyerang Slovan Bratislava itu dengan bijak menewaskan dua pertahanan Norway sebelum meledakkan rembatan kencang kaki kanan menerjah gawang Orjan Nyland.

Ia adalah gol ke-17 dalam 54 kemunculan antarabangsanya. Kapten Balazs Dzusdzsak kemudian menerima umpanan Priskin tetapi peluangnya untuk melanjutkan pendahuluan terhalang.

Haitam Aleesami dari Norway menyaksikan rembatan jarak dekatnya diselamatkan oleh Gabor Kiraly, yang menyamai rekod kemunculan 101 Hungary Evan Hovland kemudian membuat tandukan tersasar.

Hovland sekali lagi tidak bernasib baik pada akhir separuh masa pertama apabila tandukannya melantun mengenai tiang gol. Sweden terus memberikan tekanan selepas rehat tetapi Hungary yang hampir menjaringkan gol sebelum perlawanan memasuki sejam apabila rembatan Dzsudzsak melantun mengenai palang.