Hungary, Iceland berentap rebut slot fasa 16 terakhir

Hungary, Iceland berentap rebut slot fasa 16 terakhir

UEFA-Euro-2016-Logo

MARSEILLE, 17 Jun (AFP) – Dua pasukan yang mengejutkan pada Euro 2016 akan bertemu di Marseille esok, dengan pendahulu Kumpulan F, Hungary akan menentang Iceland yang mengekang pasukan Cristiano Ronaldo pada perlawanan pembukaan mereka.

Tidak beraksi dari perlawanan utama sejak 1986 dan Kejohanan Eropah sejak 1972, Hungary menamatkan di bawah pasukan Ireland Utara dan Romania dalam kelayakan dan hanya mara ke Perancis dengan kemenangan play-off.

Dengan harapan yang rendah, pasukan Magyars itu mengejutkan Austria dengan kemenangan 2-0 dalam kemenangan pertama mereka pada perlawanan itu sejak 1964. Mereka boleh menyelamatkan tiket kelompok 16 terakhir jika berjaya menewaskan Iceland.

“Pemain beraksi sebaik yang mereka mampu,” kata jurulatih Hungary dari Jerman, Bernd Storck, yang sebelum ini menggambarkan kelayakan bagi perlawanan tu sebagai satu “keajaiban”.

Dalam kemunculan mereka, pasukan dari Atlantik itu, yang menamatkan kedudukan di depan Turki dan Belanda dalam persaingan kelayakan, ketinggalan satu gol ketika menentang Portugal.

Tetapi menerusi pertahanan yang kental dan jaringan Birkir Bharnson dalam perlawanan pertama utama mereka, Iceland menghindarkan kekalahan dan menghalang usaha Ronaldo untuk menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam empat perlawanan Kejohanan Eropah.

“Pasukan Iceland adalah pasukan yang bagus dan banyak bermain dengan bola tinggi, yang memberikan kami masalah,” kata penjaring gol Portugal, Nani.

Pasukan dari pulau Nordic dengan 330,000 orang penduduk itu adalah negara terkecil dengan penduduk yang beraksi pada Euro.

“Kami berjaya melakukan apa yang terbaik dengan bekerjasama dan menutup ruang,” kata penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson.

“Kami tidak akan membiarkan kedudukan itu selepas keputusan ini. Kami perlu kembali berpijak di bumi nyata dan memikirkan mengenai Hungary,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA