Hungary lahap Norway

Hungary lahap Norway

OSLO, 13 Nov (AFP) – Pasukan Hungary menghampiri aksi antarabangsa pertama dalam tempoh 20 tahun apabila berjaya menewaskan Norway 1-0 dalam perlawanan pembukaan play-off Euro 2016 hari ini.

Hari di mana penjaga gol antarabangsa Hungary, Marton Fulop tewas dalam persaingannya kerana menghidap barah pada usia 32 tahun, rakan sepasukannya memberikan penghormatan kepadanya dengan kemenangan penting menjelang aksi timbal balik di Budapest, Ahad ini.

Midfield, Laszlo Kelinheisler meletakkan kemunculan antarabangsanya dengan jaringan tunggal perlawanan itu pada separuh masa pertama sebelum Hungary, yang mana perlawanan utama mereka adalah ketika Piala Dunia 1986 di Mexico, mengurangkan tekanan berterusan dari pasukan tuan rumah untuk mendapatkan kelebihan.

Norway memiliki kedudukan lebih baik pada separuh masa pertama dan seharusnya mendahului lebih awal pada minit ketiga. Markus Henriksen meluru ke kiri sebelum membuat hantaran kembali kepada Per Skjelbred yang berseorangan dalam kawasan penalti.

Pemain Hungary, Laszlo Kleinheisler bersaing untuk merebut bola dalam pusingan pertama play-off kelayakan Euro di Oslo, semalam. – AFP
Pemain Hungary, Laszlo Kleinheisler bersaing untuk merebut bola dalam pusingan pertama play-off kelayakan Euro di Oslo, semalam. – AFP

Tetapi rembatan jarak dekatnya ditepis keluar oleh penjaga gol berusia 39 tahun, Gabor Kiraly, yang membuat kemunculan antarabangsanya ke-100.

Hungary, yang memakai lilitan lengan hitam untuk memperingati Fulop yang mencatatkan 24 kap, menghindarkan bahaya dengan menjaringkan gol pendahuluan selepas minit ke-26.

Kleinheisler beraksi bijak bersama Akos Elek dan midfield Videoton mensiasiakan peluang dengan rembatan kurang mantap kaki kiri. Norway terus memberikan tekanan selepas rehat.

Omar Elabdellaoui dilihat dikasari dalam kawasan penalti tetapi rayuan untuk meminta sepakan penalti tidak dihiraukan oleh pengadil Inggeris, Mark Clattenburg. Alexander Soderlund kemudian melepaskan ledakan yang tersasar dan Jo Inge Berget menyaksikan percubaannya dihalang.

Marcus Pederson juga terlepas sasaran dengan tandukan sebelum pemain gantian Pal Helland menyaksikan tandukannya melantun terkena palang pada minit ke-88.