Hungary pasukan penuh kejutan

Hungary pasukan penuh kejutan

UEFA-Euro-2016-Logo

TOULOUSE, 26 Jun (AFP) – Hungary yang dikenali sebagai pasukan penuh kejutan di Euro 2016, gembira dapat memainkan peranan sebagai ‘underdog’ menjelang pertembungan 16 terbaik bersama Belgium di sini, awal pagi esok waktu Brunei.

Pemain tengah Hungary, Zoltan Gera, berkata tekanan pastinya tertumpu kepada Belgium bagi meningkatkan jangkaan ramai tatkala pasukannya memulakan pusingan kalah mati dengan berbekalkan rasa ‘bebas’.

“Sudah tentu mereka menjadi pilihan untuk perlawanan ini,” kata Gera. “Mereka sudah meningkat ketika dua perlawanan sebelum ini dan bakal berada dalam tekanan kerana jangkaan terhadap mereka terlalu tinggi.”

Hungary mara daripada pusingan round-robin, menjuarai Kumpulan F dengan hanya satu kekalahan kepada Austria dan terikat seri dengan Iceland dan Portugal.

“Kami bebas,” kata Gera. “Kami sudah mencapai sasaran untuk mara dari peringkat kumpulan dan kami akan cuba menikmati setiap saat yang ada selepas ini.

“Mungkin akan menjadi perlawanan terakhir kami. Namun kami akan cuba memberi yang maksimum di padang nanti dan kami berharap dapat mencapai kemenangan.”

Jurulatih Hungary, Bernd Storck pula dapat merasakan Belgium bakal memberi mereka laluan yang berliku untuk cuba mencipta kemenangan.

“Kami sedar kualiti dimiliki Belgium,” kata Storck. “Saya tahu di mana semua pemain mereka beraksi ketika ini – semuanya di kelab yang hebat, bertaraf dunia. Mereka bermain dalam Liga Perdana Inggeris dan pernah memenangi banyak trofi.

“Mereka berdepan permulaan yang sukar tetapi mereka menunjukkan peningkatan, terus mara dan esok bakal menjadi saingan yang hebat.”

ARTIKEL YANG SAMA