Hungary perkukuh sempadan

Hungary perkukuh sempadan

BUDAPEST, 11 Sept (AFP) – Hungary mengatakan hari ini ia telah menambah bilangan tentera yang membina pagar sempadan anti-penghijrah yang berkontroversi kepada 3,800 orang, ketika jumlah orang yang menyeberangi dari Serbia telah mencatat rekod baru.

Tentera-tentera itu “berada dalam sektor sempadan selatan dengan tugas utama untuk membina pagar itu,” menurut Menteri Pertahanan, Istvan Simicsko, yang dilantik minggu ini untuk mempercepatkan pembinaan sekatan tersebut.

Buat masa ini, tentera hanya dimandatkan untuk membina pagar setinggi empat meter (13 kaki). Namun wartawan AFP di tempat kejadian mengatakan tentera bersenjata bekerjasama dengan polis sempadan.

Hungary mahu mendirikan pagar di sepanjang sempadannya dengan Serbia ketika ia bergelut untuk menangani dengan sejumlah besar penghijrah yang membuat perjalanan dari Greece dan Balkans.

Pembantu berbahasa Arab (kiri) bercakap kepada para penghijrah ketika pegawai polis menyekat untuk menghalang mereka daripada menyesakkan kereta api di stesen kereta api Keleti di Budapest. Sempadan Hungary bersama Serbia telah menjadi pusat penyeberangan utama menuju ke Kesatuan Eropah. – AFP
Pembantu berbahasa Arab (kiri) bercakap kepada para penghijrah ketika pegawai polis menyekat untuk menghalang mereka daripada menyesakkan kereta api di stesen kereta api Keleti di Budapest. Sempadan Hungary bersama Serbia telah menjadi pusat penyeberangan utama menuju ke Kesatuan Eropah. – AFP

Meskipun pagar berduri diletakkan di sepanjang perbatasannya 175km lewat bulan lalu, polis mengatakan seramai 3,601 penghijrah berjaya memasuki Hungary pada Khamis, mengatasi rekod sebelumnya pada Rabu seramai 3,321 orang.

Kebanyakannya menuju ke Jerman menerusi Austria.

Penangguhan dalam pembinaan pagar itu, telah mencetuskan kritikan dari seluruh Eropah, yang dirasakan telah membawa kepada peletakan jawatan menteri pertahanan sebelumnya pada Isnin.

Kerajaan berhasrat untuk menyelesaikan pembinaannya menjelang Oktober atau awal November. Puluhan banduan dari penjara berhampiran juga turut membantu membinanya.