Hungary tutup sempadan

Hungary tutup sempadan

ROSZKE, Hungary, 15 Sept (AFP) – Hungary mengesahkan ia telah menutup sempadannya dengan Serbia hari ini ketika undang-undang antipenghijrah baru yang berkontroversi itu dikuatkuasakan.

“Tempat persimpangan jalan Asothalom dan Roszke telah dibatalkan operasinya bermula jam 7 pagi (0500 GMT),” kata Laszlo Balazs, seorang pegawai polis sempadan, semasa sidang akhbar di Budapest.

Terdapat laporan bercanggah dari sempadan, dengan beberapa kakitangan agensi bantuan berkata penyeberangan Roszke itu telah ditutup dari tengah malam.

“Sempadan itu telah ditutup dan belum lagi dibuka semula,” kata Babar Baloch, seorang jurucakap UNHCR di sempadan berkenaan.

“Kakitangan kami tidak mempunyai akses ke tempat itu, dan pihak berkuasa Hungary tidak membenarkan kami tahu tentang sebarang jadual bila mereka membuka semula sempadan itu,” tambahnya.

Selepas ia menutup sempadan utama, pusat masuk tidak rasmi telah digunakan oleh penghijrah kelmarin, Hungary terpaksa terus membiarkan mereka masuk menerusi pos masuk sempadan rasmi sekitar dua kilometer jauhnya.

Sebilangan para penghijrah dan pelarian yang tidur di jalan-jalan raya ketika menunggu di sempadan Serbia dan Hungary berhampiran bandar Horgos, hari ini. – AFP
Sebilangan para penghijrah dan pelarian yang tidur di jalan-jalan raya ketika menunggu di sempadan Serbia dan Hungary berhampiran bandar Horgos, hari ini. – AFP

Namun ia mengatakan hari ini, ia tidak lagi membenarkan orang ramai untuk memasukinya walaupun menerusi laluan rasmi kerana Serbia tidak mengawal aliran penghijrah berkenaan.

“Langkah itu telah diambil disebabkan situasi yang telah bermula di pihak Serbia, ketika kawalan sempadan tidak dikenakan,” kata Balazs, menambah bahawa ia boleh membuka semula jika situasi itu berubah.

Polis Hungary mengatakan rekod 9,380 orang yang memasuki Hungary kelmarin – hampir meningkat daripada jumlah rekod sebelumnya yang ditetapkan minggu lepas – walaupun ia tidak bersamaan dengan maklumat daripada wartawan AFP di tempat kejadian yang menyaksikan hanya sedikit penghijrah yang berada di sempadan daripada hari sebelumnya.

“UNHCR amat bimbang tentang gabungan langkah individu berlainan itu mungkin mencetuskan satu situasi di mana sejumlah besar pencari perlindungan pelarian di Eropah – perlindungan yang mereka layak terima sejajar dengan undang-undang antarabangsa – akan mendapati diri mereka dalam ketidakpastian perundangan,” kata Baloch dari UNHCR.

Mereka yang berjaya melepasi sempadan sebelum ia ditutup telah dibawa menggunakan bas bagi menuju ke stesen kereta api di sempadan bandar Roszke tempat mereka akan menaiki kereta api.

Laporan tidak disahkan mengatakan mereka telah dibawa ke sempadan Austria.

Fayik, seorang warga Afghanistan berusia 20 tahun yang berjaya masuk ke Hungary kurang dari 24 jam sebelum pagar sempadan ditutup memberitahu AFP yang dia telah dibawa terus ke sempadan Austria tanpa didaftarkan oleh polis Hungary.

“Nasib baik, mereka tidak membawa kami ke kem pendaftaran,” katanya menerusi telefon.

Bagaimanapun, harapannya untuk menghubungi bapa saudaranya di Munich, Jerman, tidak berjaya.

“Saya ingin pergi ke sana dan berehat selama beberapa hari,” kata Fayik, yang membuat perjalanan segera dari Turki ke Eropah sebelum sempadan Hungary ditutup. Bagaimanapun….saya masih berada di dalam kereta api. Mereka membawa kami ke Potsdam, berhampiran Berlin.”

ARTIKEL YANG SAMA