Hutan terbakar, empat anggota bomba cedera

Hutan terbakar, empat anggota bomba cedera

CALIFORNIA, 13 Sept (AFP) – Empat anggota bomba mengalami kecederaan semalam dalam satu kejadian kebakaran hutan di Utara Califronia yang memaksa pemindahan ribuan orang, kata pegawai.

Anggota bomba terbabit mengalami lecur darjah kedua ketika mereka bergelut dengan apa yang digelar Lembah Api, di Lake County, ke utara San Francisco, kata jurucakap Cal Fire, Daniel Berlant.

Lembah Api tercetus petang semalam dan dengan pantas merebak ke 10,000 ekar (4,047 hektar), kata Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) dalam laman sesawangnya.

Anggota bomba diturunkan menggunakan helikopter untuk menghasilkan garisan pembendungan.

Mereka dibawa melalui udara ke Pusat Perubatan UC Davis di Sacramento di mana mereka disenaraikan dalam keadaan stabil, kata Berlant dalam Twitter.

Anggota bomba ketika bergelut memadam kebakaran berhampiran San Andreas, California pada 12 September. – AFP
Anggota bomba ketika bergelut memadam kebakaran berhampiran San Andreas, California pada 12 September. – AFP

Lingkungan kawasan kebakaran Lembah Api yang semakin meluas memaksa pihak berkuasa untuk mengarahkan pemindahan mandatori ke atas sejumlah komuniti, termasuk Hidden Valley Lake yang mempunyai penduduk seramai 5,500 orang, menurut kenyataan Lake County Sheriff Office.

Sekitar 100 batu ke tenggara, apa yang digelar Butte Fire telah memusnahkan 86 buah kediaman dan 51 bangunan luar di pedalaman Amador dan mukim Calaveras, di mana ia meliputi anggaran 65,000 ekar (26, 305 hektar), kata pegawai dan hanya 15 peratus dapat dipadamkan.

Beribu-ribu penduduk di kawasan tersebut diarahkan untuk berpindah pada Jumaat, dan kebakaran itu mengancam lebih 6,000 struktur, kata pegawai.

Lebih 3,800 anggota bomba bertugas dalam membendung kebakaran itu, yang berlaku pada Rabu lalu berhampiran bandar perlombongan emas Jackson.