Hutang cukai kelab bola sepak Sepanyol makin kurang

Hutang cukai kelab bola sepak Sepanyol makin kurang

MADRID, 5 Mei (AFP) – Kelab bola sepak profesional Sepanyol akan menanggung hutang dengan pihak berkuasa cukai negara itu kepada bawah 200 juta euro hingga penghujung musim, kata presiden liga Javier Tebas, semalam.

Kelab divisyen pertama dan kedua Sepanyol berhutang 317 juta euro pada September ketika permulaan musim, turun daripada 650 juta euro pada 2013.

“Pada penghujung musim ia akan menjadi bawah 200 juta euro. Kami berupaya menukarnya kali ini dan mengurangkan hutang dengan kadar lebih pantas,” kata Tebas dalam kenyataan selepas melaporkan laporan kewangan liga 2015.

Dengan kelab berdepan masa yang sukar kerana terlebih berbelanja, satu suruhan jaya dibentuk pada permulaan 2013 oleh liga dan Majlis Sukan Kebangsaan (CSD) untuk menyelesaikan krisis berkenaan dan kawalan dikenakan termasuk menghalang kelab menandatangani pemain.

Peraturan yang dikuatkuasakan pada musim kebelakangan ini yang menyaksikan kelab-kelab membuat belanjawan untuk yuran perpindahan dan gaji oleh liga berdasarkan pendapatan yang tidak boleh diatasi.

ARTIKEL YANG SAMA