Hybrid Movement Gym dirasmi

Hybrid Movement Gym dirasmi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Hybrid Movement Gym yang terletak di One Menglait Industrial Park membuka lembaran barunya apabila ia dilancarkan secara rasmi, sekali gus memulakan perniagaannya di sini, hari ini.

Gim berkenaan diasaskan oleh Pengarah Pengurusan yang juga Ketua Jurulatihnya, Darren Chai, yang merupakan seorang jurulatih diiktiraf YMCA Fitness Industry Training London dan TACFIT iaitu kecergasan yang menumpukan kepada taktikal, bio-mekanik dan fisiologi.

Menurut Darren, Hybrid Movement ditubuhkan pada 2013 dan kini membuka lembaran baru dalam penubuhannya dengan kerjasama dua orang ahli kumpulannya yang terdiri daripada Pengurus Operasi dan jurulatih, Rachel Lee dan jurulatih sepenuh masa dan atlet, Stephanie Liew.

Hybrid Movement ditubuhkan dengan konsep Gim Gudang dan menawarkan kelas-kelas yang menumpukan kepada konsultasi dan penilaian kecergasan fizikal yang diselia oleh Darren Chai bermula dengan kelas asas kepada Hybrid Lite dan yang tertinggi adalah Hybrid Elite.

Antara kemudahan yang pelbagai, terdapat dalam Hybrid Movement Gym tersebut.
Antara kemudahan yang pelbagai, terdapat dalam Hybrid Movement Gym tersebut.
Kumpulan Hybrid Movement Gym.
Kumpulan Hybrid Movement Gym.

“Kami menawarkan latihan secara perseorangan dan secara berkumpulan yang direka khas dan diselia secara dekat bagi mencapai sasaran pelanggan termasuk daripada aspek kesihatan dan kecergasan yang mereka idamkan,” ujar Darren lagi.

Sempena pelancaran ini, 30 orang ahli pertama akan menerima kad keahlian, penilaian dan konsultasi kecergasan bersama ketua jurulatih, penggunaan gim dan gelanggang bola jaring tanpa had, kemasukan ke semua kelas yang ditawarkan serta barangan dan fisioterapi serta potongan harga di kafe di Hybrid Movement.

Dalam kenyataannya, beliau turut menekankan bahawa fasa kedua gim berkenaan akan menampilkan pusat kesejahteraan Hybrid dan studio terbuka bagi kelas aerobik.

ARTIKEL YANG SAMA