Hyundai pamer model baru

Hyundai pamer model baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Bermula kelmarin hingga Ahad ini, Setia Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Hyundai di negara ini, menampilkan model-model terbaru Hyundai semasa Pameran Pengguna Mudah Alih anjuran CONFEX.

Pada pameran yang diadakan di The Mall, Gadong, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu, Setia Motors turut memberikan peluang kepada pengunjung memenangi hadiah berupa Samsung Galaxy S6 dengan hanya mengambil gambar bersama kereta yang dipamerkan di petak Hyundai.

Gambar berkenaan kemudian perlu dimuat naik ke akaun Instagram dengan tag @hyundaibrunei dan #hyundaibruneiselfie. Para pemenang akan diumumkan pada 2 Oktober 2015, tertakluk pada terma dan syarat.

Antara model Hyundai terbaru yang dipamerkan Kompleks Membeli-belah The Mall, Gadong.
Antara model Hyundai terbaru yang dipamerkan Kompleks Membeli-belah The Mall, Gadong.