Hyundai Tucson tampil lebih moden

Hyundai Tucson tampil lebih moden

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – Pengedar tunggal Hyundai di negara ini, Setia Motors Sdn Bhd hari ini melancarkan model terbaru Hyundai Tucson bagi tahun 2016.

Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Hyundai Motor Company Asia Pasifik, Dongwook Lee dan Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin.

Tucson terbaru ini bukan sahaja canggih dalam teknologi malah lebih dinamik dan moden penampilannya. Daripada segi teknologinya, ia menggunakan lampu LED Daytime Running Light (DRL) yang membolehkan pemanduan jelas walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Dengan kapasiti enjin petrol 2.0 liter MPi dan diesel 2.0 CRDi, ia menghamburkan kelajuan 157ps pada 6,200rpm.

Reka bentuk Hyundai Tucson yang lebih besar daripada sebelumnya.
Reka bentuk Hyundai Tucson yang lebih besar daripada sebelumnya.

pg09_160123_b

Dongwook Lee dan James Chin ketika melancarkan kereta tersebut.
Dongwook Lee dan James Chin ketika melancarkan kereta tersebut.
Gambar ramai bersama kakitangan Setia Motors Sdn Bhd.
Gambar ramai bersama kakitangan Setia Motors Sdn Bhd.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan transmisi enam kelajuan dan tiga mod pemanduan iaitu normal, sports atau eko yang masing-masing memberikan gaya pemanduan berbeza.

Ia juga digayakan dengan Fluidic Sculpture 2.0 dan tampak sedikit garang dengan gril heksagon, manakala bagi kapasiti muatannya pula lebih besar dengan ruang kargo 488 liter.

pg09_160123_e

pg09_160123_f

Manakala daripada segi keselamatan pula, sebanyak 51 peratus Tucson terbaru ini dilengkapi dengan besi High Strength Steel (AHSS) dengan enam bag udara bagi memberi keselamatan ke tahap yang maksima.

Selain itu, ia juga memiliki teknologi keselamatan terkini seperti vehicle safety management (VSM), electronic stability control (ESC), hillstart assist control dan downhill brake control.

Apa yang menarik dalam model terbaru ini juga ialah teknologi Parking Assist, di mana ia mampu untuk membantu pemandu meletak kereta secara automatik, selain turut dilengkapi dengan paparan LCD 4.2 inci sambungan USB & iPod bersama Bluetooth Audio Multimedia (storan 500MB).

ARTIKEL YANG SAMA