HZH anjur Festival Fesyen Muslimah

HZH anjur Festival Fesyen Muslimah

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Sebagai usaha mendedahkan peniaga dalam talian tempatan dalam mempromosikan fesyen Muslimah tempatan, HZH Event Management akan menganjurkan Festival Fesyen Muslimah bermula 25 hingga 27 Disember ini di Tingkat 7, Gold Stone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong.

Festival selama tiga hari itu juga dapat menyokong vendor-vendor tempatan dalam mempamerkan pereka fesyen Muslimah mereka.

Lebih 20 jenama akan ditampilkan dalam festival itu, antaranya Bienda-lavienda, Nealofar, Bokitta, Lulwa, Mumu Scarves, Maembong Trendyz, El Jumana, Hijab Maryam dan Naurah Kayla.

Bagi memeriahkan lagi suasana festival itu, beberapa program akan turut diadakan seperti tutorial hijab, perbincangan perniagaan, ceramah dan banyak lagi.

Sementara itu, HZH Event Management masih lagi membuka peluang kepada pengusaha-pengusaha tempatan dan peniaga dalam talian yang ingin ikut serta pada festival itu nanti.

Maklumat lanjut mengenainya bolehnya didapati dengan mengikuti akaun Instagram HZH Event Management atau e-mel ke alamat hzhevmanagement@outlook.com atau hubungi talian 8278308 atau 8813166.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan berkunjung ke festival itu yang akan dibuka dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 9 malam pada Jumaat, 10 pagi hingga 9 malam pada Sabtu dan Ahad.

Festival Fesyen Muslimah ini turut disokong oleh Brunei Islamic Fashion (BIFash).

ARTIKEL YANG SAMA