i-Blades jadikan telefon pintar lebih pintar

i-Blades jadikan telefon pintar lebih pintar

NEW YORK, 1 Jan (Agensi) – Sehebat mana sesebuah telefon pintar itu, ia masih berdepan dua masalah yang sering membelenggu pengguna iaitu jangka hayat bateri dan keupayaan memori. Syarikat permulaan Silicon Valley, i-Blades menawarkan teknologi sarung pintar buat telefon pintar yang mampu meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 10 kali ganda dan meningkatkan memori sesebuah telefon kepada satu terabait.

Menurut laporan portal Gizmag, sarung pintar akan didatangkan dalam pelbagai saiz memori bermula daripada 64 gigabait kepada satu terabait.

Syarikat i-Blades telah menghasilkan sarung pintar bagi Samsung Galaxy S4 dan Galaxy S6 dan bagi iPhone tidak lama lagi. Ketebalan sarung pintar itu kira-kira dua hingga sembilan milimeter bergantung kepada fungsi yang ditawarkan.

Antara kelebihan lain sarung telefon pintar i-Blades adalah membolehkan pengguna menonton filem dan kandungan video lain tanpa caj tambahan data. Syarikat berkenaan bercadang untuk menambah ciri seperti sensor untuk aplikasi perubatan dan sukan luar pada masa akan datang.

Sarung telefon pintar i-Blades mampu meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 10 kali ganda dan memori sesebuah telefon kepada satu terabait.
Sarung telefon pintar i-Blades mampu meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 10 kali ganda dan memori sesebuah telefon kepada satu terabait.

ARTIKEL YANG SAMA