i-CARe Rapid Service dilancar

i-CARe Rapid Service dilancar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh IITGT

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Dalam usaha berterusan Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd (IITGT) memperbaiki mutu perkhidmatannya, satu perkhidmatan, i-CARe Rapid Service telah dilancar kelmarin.

Ia merupakan perkhidmatan tambahan kepada Perkhidmatan i-CARe Roadside Assist Service yang bertujuan memberi bantuan serta-merta kepada pemilik kenderaan yang dilindungi insurans syarikat itu, selepas pusat pemedulian i-CARe menerima panggilan daripada pelanggannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu di sini, hari ini, perkhidmatan tambahan itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan IITGT, Haji Osman bin Haji Mohd Jair, disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan IITGT dan wakil Bengkel Kereta Berakas Sdn Bhd (BKB) di ibu pejabat IITGT, Bangunan Suria, Kiulap.

Haji Osman ketika melancarkan perkhidmatan terbaru.
Haji Osman ketika melancarkan perkhidmatan terbaru.

Perkhidmatan i-CARe itu merupakan kerjasama IITGT dan BKB bermula pada November 2012 lagi bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan-pelanggan i-CARe untuk mempercepatkan perkhidmatan seperti penarikan bagi kerosakan atau bantuan kemalangan di jalan raya.

Namun perkhidmatan i-CARe Rapid Service ini hanya akan ditawarkan di sekitar Bandar Seri Begawan sahaja dan akan dilaratkan ke daerah-daerah lain dalam perancangan akan datang.

Pelanggan syarikat takaful itu yang memerlukan perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi talian i-CARe di nombor hotline 2422222 atau 7174633.

ARTIKEL YANG SAMA