i40 tampil elegan

i40 tampil elegan

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Setia Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Hyundai di negara ini semakin aktif memperkenalkan barisan model jenama Korea itu, dan hari ini, telah melancarkan Hyundai i40 dengan wajah baru di bilik pamerannya di Perindustrian Beribi.

Hyundai i40 dikuasakan enjin MPi 2.0 liter dengan kuasa kuda 150 pada 6200rpm.

Tetapan mod pemanduan pada modal terbaru ini juga dipertingkatkan dengan Rear Electronic Damping Control System (ECS) baru, yang dipasang pada gandar belakang.

Gril radiator bersegi enam pada bampar hadapan menyerlahkan lagi keterampilan model ini.

pg09_150822_a

pg09_150822_b

Lain-lain nilai tambah pada i40 terbaru ini termasuk lampu kabus, bampar depan baru dan rim aloi bersaiz 16 dan 18 inci.

Papan pemukanya pula tampak moden dengan semua punat kawalan terletak di tempat yang bersesuaian dan mudah dicapai.

Sentuhan moden dan elegan di ruang pemandu Hyundai i40 yang berwajah baru.
Sentuhan moden dan elegan di ruang pemandu Hyundai i40 yang berwajah baru.

pg09_150822_d

Bahagian bonet yang menampilkan ruang yang luas.
Bahagian bonet yang menampilkan ruang yang luas.

Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh mempertimbangkan model keluaran Hyundai yang banyak menerima sentuhan moden dan semakin dipercayai di negara ini.

Hyundai bukan sahaja memiliki reka bentuk yang menarik, malah keupayaan kenderaan keluaran Korea ini boleh dikatakan makin seiring dengan jenama kereta lain khususnya dari Jepun dan Eropah.

ARTIKEL YANG SAMA