IAB anjur Kempen Derma Darah

IAB anjur Kempen Derma Darah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 7 Mac – Persatuan India Belait (IAB), mengadakan Kempen Derma Darah yang berlangsung di bangunannya bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 Tahun 2016.

Kempen bertema ‘Satu Pain Darah Boleh Menyelamatkan Tiga Nyawa – Derma Darah Beri Kehidupan’ itu juga merupakan aktiviti tahunan IAB, bertujuan memberikan kesedaran berterusan kepada ahli-ahlinya dan orang ramai mengenai pentingnya menyumbangkan darah untuk membantu menyelamatkan pesakit yang memerlukan di negara ini khususnya di Daerah Belait.

Hampir 40 pain darah telah berjaya dikumpulkan melalui kempen tersebut yang telah melibatkan lebih 40 orang pendaftar dan setelah melalui pemeriksaan kesihatan seramai tiga puluh sembilan orang yang dapat menyumbang.

Antara yang terlibat menyumbangkan darah dalam Kempen Derma Darah anjuran IAB di Seria.
Antara yang terlibat menyumbangkan darah dalam Kempen Derma Darah anjuran IAB di Seria.

Kempen tersebut telah dikendalikan dengan kerjasama pegawai dan kakitangan Unit Makmal Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait.

Kempen itu juga dihasratkan akan dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan, dan sebagai memberikan kesedaran kepada kalangan ahli-ahli IAB serta orang ramai betapa pentingnya melibatkan diri dalam menyumbangkan darah, sebagai rasa keprihatinan kepada masyarakat yang memerlukan, selain itu ia juga adalah bagi kesihatan para penyumbang.

ARTIKEL YANG SAMA