IAB, MAB anjur kempen derma darah

IAB, MAB anjur kempen derma darah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 17 Julai – Persatuan India Belait (IAB) dan Persatuan Malayali Brunei (MAB), semalam, telah menganjurkan kempen derma darah bersama di Dewan IAB di Seria, di mana kira-kira 50 ahli persatuan berkenaan telah menderma darah.

Pada acara itu, para penderma menerima hadiah penghargaan yang disampaikan oleh bekas Naib Presiden IAB, Dr Kamath.

Presiden IAB, Devarajan memberitahu, acara ini diadakan setiap tahun sebagai salah satu kaedah menyumbang kepada kebajikan dan meningkatkan bekalan Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

“Kami biasanya menganjurkan kempen ini sebanyak dua kali dalam setahun, satu semasa Hari Kebangsaan dan satu lagi pada bulan puasa. Apa yang kita lakukan hari ini adalah kali pertama bersama MAB,” kata Devarajan.

p05-4_20150718

Sebahagian daripada ahli-ahli MAB dan IAB yang hadir untuk menyumbang darah di Dewan IAB di Se-ria.
Sebahagian daripada ahli-ahli MAB dan IAB yang hadir untuk menyumbang darah di Dewan IAB di Se-ria.

Presiden MAB, Renjit A. Gopalakrishnan turut hadir pada majlis itu untuk menyelia kempen serta memberikan perkhidmatan konsular.

Perkhidmatan konsular adalah aktiviti yang diselia sendiri oleh IAB sebagai salah satu program untuk kemudahan warga India yang tinggal di daerah ini.

Di samping itu, kakitangan Suruhanjaya Tinggi India turut hadir membantu mereka memperbaharui pasport, lesen memandu, afidavit dan kerja visa lain yang berkaitan.

“Perkhidmatan konsular diterima dengan baik kerana mereka biasanya tidak mempunyai masa untuk pergi ke suruhanjaya tinggi kerana tugas, dan dengan cara ini, mereka dapat menjimatkan wang dan masa,” kata Dr Kamath.

ARTIKEL YANG SAMA