IAB perkenalkan kursus Diploma Buku Simpan Kira

IAB perkenalkan kursus Diploma Buku Simpan Kira

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Bagi memperkenalkan kursus Diploma Buku Simpan Kira yang baru ditawarkannya, Crescent Sdn Bhd telah menganjurkan seminar bertajuk ‘Pengenalan kepada Persatuan Buku Simpan Kira Antarabangsa (IAB)’ yang diadakan di Auditorium i-Centre, Berakas, petang tadi.

Taklimat yang dihadiri oleh para peserta dari pelbagai institusi dalam bidang perakaunan itu telah disampaikan oleh wakil dari IAB, IAP, IFA & CISI Asia Tenggara, Max lee selaku penceramah undangan bagi menjelaskan mengenai kursus diploma baru berkenaan yang kini boleh didapati di Negara Brunei Darussalam.

Kelulusan di bawah IAB Book Keeping direka khas untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi penyimpan kira-kira profesional atau pentadbir akaun.

Pemilik diploma juga boleh menjadi seorang calon yang mengetahui dan memahami prinsip-prinsip asas dalam mengambil berat sesuatu aset perniagaan, menghapuskan kesilapan dan menyediakan kenyataan kewangan yang kompleks mengikut kiraan pelarasan perakaunan.

Peserta-peserta dari pelbagai institusi mengikuti seminar yang bertajuk ‘Introduction to International Association of Book-keeping (IAB)’ yang dianjurkan oleh Crescent Sendirian Berhad.
Peserta-peserta dari pelbagai institusi mengikuti seminar yang bertajuk ‘Introduction to International Association of Book-keeping (IAB)’ yang dianjurkan oleh Crescent Sendirian Berhad.

pg11_160217_b

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengasas Crescent Sdn Bhd, Hajah Salma binti Haji Abdul Latiff diikuti dengan ucapan daripada Pengurus Crescent Sdn Bhd, Dayangku Alya binti Pengiran Haji Mohd Salleh yang menjelaskan mengenai tawaran kursus IAB oleh syarikat berkenaan.

Majlis diakhiri dengan penganugerahan sijil kepada para penerima kumpulan pertama IAB.

IAB merupakan salah sebuah organisasi tidak untung yang berprestij bagi ahli simpan kira profesional di seluruh dunia. Di bawah kawalan Ofqual, IAB merupakan badan yang diluluskan kerajaan dan badan penasihat undang-undang, dengan itu menetapkan standard bertaraf dunia dalam menyediakan peluang untuk mendapatkan kelayakan kewangan yang terbaik bagi pelajar-pelajar mereka.

ARTIKEL YANG SAMA