IAEA: Elak radioaktif jatuh ke tangan pengganas

IAEA: Elak radioaktif jatuh ke tangan pengganas

MANILA, 8 Dis – Ketua agensi pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (IAEA) memberi amaran agar memastikan bahan-bahan radioaktif tidak jatuh ke tangan kumpulan pengganas yang boleh digunakan mereka untuk membuat bom “kotor”. Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano, berkata semua negara perlu mengawal ketat bahan-bahan terbabit yang boleh digunakan kumpulan pengganas untuk membuat peranti yang mampu mengorbankan banyak jiwa.

“Keselamatan nuklear adalah isu sebenar yang sudah lama menjadi perdebatan. Ini adalah ancaman sebenar di semua negara di mana bahan nuklear mampu diperoleh kumpulan pengganas,” katanya ketika lawatan ke Filipina untuk menghadiri persidangan tenaga atom.

“Jika bahan nuklear jatuh ke tangan pengganas, ia boleh digunakan untuk pembuatan bom,” katanya, merujuk kepada peranti yang menggunakan bahan letupan untuk menyebarkan bahan radioaktif untuk meracuni manusia.

Amano berkata peranti tersebut yang lebih senang untuk dibuat berbanding bom atom, mampu menyebabkan keadaan panik yang meluas jika dilepaskan di kawasan bandar.

Sementara tanggungjawab utama kerajaan untuk mengawal bahan-bahan ini, IAEA boleh membantu melaksanakan garis panduan untuk mengawal mereka, beliau memberitahu para wartawan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA