Ianone berada di depan buat pertama kali

Ianone berada di depan buat pertama kali

SCARPERIA, Itali, 31 Mei (AP) – Penunggang motosikal Andrea Iannone dari Itali akan memulakan perlumbaannya di petak depan buat pertama kalinya di siri perlumbaan Moto GP setelah berjaya mengalahkan Jorge Lorenzo di sesi kelayakan di Grand Prix tanah airnya hari Sabtu.

Iannone apabila diperiksa mengalami keretakan tangan di awal minggu ini, mengalahkan Lorenzo dengan beza masa 0.095 saat di litar Mugello circuit. Sementara rakannya Andrea Dovizioso 0.121 saat di belakang beliau melengkapkan posisi depan.

Peneraju mata Valentino Rossi, pelumba pilihan mencatat masa 0.434 di belakang Iannone dan akan memulakan perlumbaan di tempat ke lapan.

Juara bertahan dua kali Marc Marquez bernasib malang apabila tidak berjaya melepasi sesi kelayakan kedua buat pertama kali sepanjang kerjayanya. Pelumba dari Sepanyol yang tidak pernah layak di luar kedudukan keenam di MotoGP akan bermula di posisi ke-13.

Andrea Iannone sewaktu beraksi di pusingan kelayakan. – AFP
Andrea Iannone sewaktu beraksi di pusingan kelayakan. – AFP

Sebelas pelumba teratas mencatatkan rekod terpantas dari rekod litar sebelumnya. Lorenzo mencatat rekod terpantasnya mengalahkan rekod Dani Pedrosa dengan jarak beberapa saat di sesi latihan ketiga, dengan mencatat masa di bawah 1 minit 47 saat di Mugello daripada penunggang Moto GP.

Rossi mendahului rakan sepasukan dari Yamaha, Lorenzo dengan 15 mata. Dovizioso ketinggalan empat mata di belakang.