IATA usulkan saiz bagasi sesuai

IATA usulkan saiz bagasi sesuai

MIAMI BEACH, Amerika Syarikat, 10 Jun (AFP) – Beg saiz terbaik sedang diusulkan semalam oleh persatuan syarikat penerbangan terbesar di dunia, tatkala ia bercita-cita untuk menyelesaikan cara-cara memasukkan bagasi semua penumpang ke dalam kapal terbang yang sesak.

Beg pakaian beroda adalah cukup kecil untuk membenarkan setiap penumpang dalam penerbangan 120 orang atau lebih untuk memuatkan satu beg di atas ruang berhampiran tempat duduk mereka, kata Tom Windmuller, Naib Presiden Kanan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk lapangan terbang, penumpang, kargo dan keselamatan.

Windmuller berkata apabila beliau membandingkan dengan begnya sendiri, beliau mendapati ia adalah lebih kecil daripada beg peribadi tetapi lebih besar daripada isterinya.

Saiz sebenar adalah 55 sentimeter tinggi, 35 sentimeter lebar dan 20 sentimeter dalam.

Banyak syarikat penerbangan mempunyai syarat-syarat saiz yang berlainan untuk beg yang dibawa masuk ke kapal terbang, yang boleh membawa kepada kekeliruan, kata Windmuller.

Naib Presiden Kanan IATA untuk lapangan terbang, penumpang, kargo dan keselamatan, Tom Windmuller, menunjukkan bagasi yang diusulkan oleh persatuan syarikat penerbangan terbesar di dunia tersebut. – AFP
Naib Presiden Kanan IATA untuk lapangan terbang, penumpang, kargo dan keselamatan, Tom Windmuller, menunjukkan bagasi yang diusulkan oleh persatuan syarikat penerbangan terbesar di dunia tersebut. – AFP

“Ia menyusahkan semua orang,” beritahunya kepada wartawan, sambil menambah bekas yang diletak oleh kebanyakan syarikat penerbangan berhampiran pagar adalah “tidak masuk akal.”

Maka IATA berunding dengan Boeing dan Airbus untuk mengemukakan saiz optimum.

Seterusnya mereka mulai berunding dengan pengeluar bagasi untuk meminta mereka supaya menghasilkan beg yang sesuai dengan parameter.

Windmuller berkata beliau menjangka beg akan disediakan pada akhir tahun, dan kos tersebut akan berbeza mengikut kualiti dan bahan yang dipilih oleh pembuat bagasi individu.

Mereka yang sesuai dengan spesifikasi saiz IATA akan ditandakan dengan satu teg, atau label, yang berkata “IATA Kabin OK.”