IBA anjur kursus bernilai

IBA anjur kursus bernilai

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS, SME) yang mendaftar dan menyertai Akademi Industri Perniagaan (IBA) DARe (Darussalam Enterprise) telah mempelajari pengajaran dan wawasan bernilai pada tiga modul dalam minggu terakhir mereka, baru-baru ini.

Ketiga-tiga modul itu diadakan di iCentre, Taman Teknologi Anggerek Desa, Berakas, selain daripada dua modul yang telah dijalankan bulan lalu.

Salah satu modul menumpu pada pembiayaan dengan topik ‘Mendapatkan Pembiayaan bagi PKS, sementara dua lagi modul menumpu pada pengurusan sumber manusia dengan topik ‘Mengurus Sumber Manusia bagi Usahawan’ dan ‘Perkhidmatan diperolehi melalui Tabung Amanah Pekerja (TAP)’.

Terdapat banyak pilihan pembiayaan berlainan yang boleh dinilai oleh PKS. Beberapa pilihan pembiayaan termasuklah modal usaha niaga, pinjaman bank, sewa beli, overdraf bank, kontrak pembiayaan dan pendiskaunan yang mana itu adalah antara yang disebutkan oleh pemudah cara modul, Ambrose Nathan, Perunding Pengurusan BizAdvize Services Sdn Bhd.

Jenis pilihan pembiayaan yang seharusnya dipilih oleh PKS, bergantung pada di mana kedudukan mereka dalam kitaran perniagaan mereka.

Sama ada ia baru bermula, telah pun beroperasi atau hendak meluaskan sesebuah perniagaan, PKS perlu memastikan apakah yang berkesan bagi perniagaan mereka bagi tempoh jangka panjang dan realistik pada kemampuan mereka untuk memenuhi permintaan bagi berbagai-bagai pilihan pembiayaan kerana pelbagai pilihan pembiayaan akan mempunyai pelbagai kriteria.

Pilihan pembiayaan lain yang dikongsikan termasuklah pembiayaan sendiri, meminjam dari kawan dan keluarga, inkubator dan pusat baru dan pelabur dermawan.

Manakala itu, pemudah cara modul kedua, J Haime, Perunding Pengurusan dari Nur Cahaya Indah Services Sdn Bhd, telah menyampaikan kursus ‘Pengurusan Sumber Manusia dan Keusahawanan’.

Bagi daya ketahanan sesebuah perniagaan, mengurus sumber manusia adalah penting untuk merangsang pertumbuhan berterusan dan pembaharuan.

Beliau mengongsikan dengan para peserta bahawa bila menyentuh tentang sumber manusia, keputusan antara outsourcing dan perekrutan dalam syarikat dan latihan berhubung kait dengan di mana kedudukan perniagaan dari segi tahap dan perkembangannya.

Objektif kursus itu adalah untuk membantu para peserta memahami elemen penting dalam Pengurusan Sumber Manusia yang lebih baik dan kepentingannya.

Kursus itu meliputi topik-topik seperti perekrutan dan pemilihan, pampasan dan ganjaran, pengurusan prestasi serta latihan dan perkembangan.

Sementara itu, kakitangan TAP juga telah memberi taklimat bagi modul ketiga mengenai tanggungjawab majikan kepada kakitangan mereka untuk mendaftarkan dan membayar TAP dan SCP pekerja.

Dalam taklimat itu, TAP telah memperkenalkan mengenai platform perkhidmatan dalam talian dan bagi transaksi TAP, iaitu eAmanah, cara-cara menggunakan perbankan Internet bagi memudahkan pembayaran untuk pekerja mereka dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA