Ibadah korban KPSSU

Ibadah korban KPSSU

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dan jabatan-jabatan di bawahnya juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Ibadah Korban yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KPSSU, kelmarin.

Menurut satu kenyataan, di sini, sejumlah lima ekor sapi dan seekor kerbau telah dikorbankan pada majlis yang turut diselenggarakan bersama Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber-Sumber Utama itu.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di KPSSU, Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri yang turut mengagihkan daging-daging korban kepada para penerima yang berhak.

Tetamu kehormat ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Tetamu kehormat ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Haji Khairuddin menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Haji Khairuddin menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan) di KPSSU, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan KPSSU serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bertakbir beramai-ramai dan seterusnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya sebelum acara pengagihan daging korban dijalankan.

Para penerima daging korban terdiri daripada kalangan warga KPSSU dan juga yang menyertai majlis korban.

ARTIKEL YANG SAMA