Ibadah korban mampu kikis sifat kedekut

Ibadah korban mampu kikis sifat kedekut

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan majlis ibadah korban dan akikah yang diadakan di Gimnasium, UNISSA, petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, yang seterusnya mengagihkan daging korban tersebut kepada 20 keluarga fakir miskin yang tersenarai dalam bantuan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan kepada warga serta ahli keluarga UNISSA.

Pada tahun ini seramai 15 orang pegawai dan kakitangan UNISSA ikut serta dalam ibadah korban berkenan.

Majlis ini adalah bertujuan untuk mensyukuri nikmat Allah S.W.T dengan berkongsi melalui ibadah korban dan akikah dan juga bagi menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha di UNISSA serta memberi peluang kepada warga UNISSA dan keluarga dalam melaksanakan ibadah berkenaan.

Pemangku Rektor UNISSA ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Pemangku Rektor UNISSA ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.

Selain untuk tolong-menolong sesama insan, paling jelas adalah kesediaan melakukan ibadat korban ini, yang mampu mengikis sifat kikir dan kedekut yang kadang-kadang boleh menjejaskan keharmonian dalam masyarakat.

Ibadah korban merupakan satu amalan yang sangat dituntut untuk dilaksanakan. Ibadah ini merupakan manifestasi kepada keimanan dan ketakwaan. Perintah ini hanya dapat dilakukan pada waktu-waktu yang tertentu iaitu pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

ARTIKEL YANG SAMA