Ibadah korban mengeratkan silaturahim

Ibadah korban mengeratkan silaturahim

Oleh Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Sempena Hari Raya Aidiladha 1437H, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara telah mengungkayahkan satu majlis korban dengan mengorbankan 11 ekor kerbau.

Tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak, yang berkesudian menyampaikan daging korban kepada para penerima dan para peserta yang melaksanakan korban dan akikah.

Turut hadir ialah Imam Masjid, Pengiran Haji Rosman bin Pengiran Haji Shahbudin selaku pengerusi majlis, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya.

ARTIKEL YANG SAMA