Ibadah korban pertama di Kampung Krian meriah

Ibadah korban pertama di Kampung Krian meriah

PADAWAN, 12 Sept – Sambutan Aidiladha tahun ini amat bermakna buat Ali Ibrahim Bonsok, 70-an, dari Kampung Krian, dekat sini. Apa tidaknya, sebagai antara penganut awal Islam di kampung itu, tahun ini merupakan kali pertama ibadah korban diadakan di kampung tersebut.

“Pada tahun 1982, hanya ada keluarga saya bersama satu lagi keluarga Islam di kampung ini. Jadi tidak ada ibadah korban di kampung ini, kami menyertai penduduk Islam di kampung-kampung berhampiran yang menjalani ibadah tersebut,” katanya.

Katanya selain itu, sebelum ini beliau dan penduduk Islam perkampungan masyarakat Bidayuh itu memperolehi daging korban menerusi program korban peringkat parlimen.Kampung Krian kini mempunyai kira-kira 100 penganut Islam daripada 16 keluarga, buat pertama kali tahun ini juga, solat sunat hari raya diadakan di kampung itu.

Beberapa orang ketika memotong daging korban ketika majlis ibadah korban yang diadakan kelmarin. Menurut Ali Ibrahim Bonsok, kampungnya juga tidak ketinggalan mengadakan ibadah korban seperti yang dilakukan oleh masyarakat lain di negeri tersebut dan ibadah tersebut amat bermakna kerana ia adalah pertama kali diadakan. – Bernama

Ali Ibrahim berkata lebih membuatkan dirinya gembira, kampung tersebut kini memiliki surau sendiri yang sudah siap kira-kira 90 peratus.

“Dahulu surau terdekat berada di Kampung Gayu, kami di sini berkongsi surau dengan penduduk Islam kampung tersebut,” katanya. – Bernama