Ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha giat dilaksanakan

Ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha giat dilaksanakan

Oleh Yusrin Junaidi dan Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Bagi mengimarahkan Hari Raya Aidiladha 1436H/ 2015M, ibadah korban telah giat dilaksanakan di beberapa buah tempat di negara ini.

Ahli Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah telah mengungkayahkan ibadah korban yang menyaksikan sebanyak lima ekor kerbau dikorbankan sebagai salah satu acara tahunan bagi masjid tersebut.

Hadir menyempurnakan pengagihan daging-daging korban tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong selaku Penaung Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Daging-daging korban kemudiannya diagihkan kepada fakir miskin dan penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Akar dan penduduk-penduduk Kampung Sungai Akar.

Ahli Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah yang bergotong-royong ketika membahagi-bahagikan daging-daging korban.
Ahli Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah yang bergotong-royong ketika membahagi-bahagikan daging-daging korban.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan daging-daging korban kepada penduduk yang tinggal di sekitar Kampung Kilanas.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan daging-daging korban kepada penduduk yang tinggal di sekitar Kampung Kilanas.

Manakala di Masjid Kampung Kilanas pula, sebanyak enam ekor kerbau telah dikorbankan oleh 43 orang yang menyertai Majlis Ibadah Korban anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Kilanas.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Majlis dimulakan dengan laungan takbir Hari Raya Aidiladha, diikuti dengan acara penyampaian daging-daging korban kepada fakir miskin yang tinggal di persekitaran Kampung Kilanas yang disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Halbi.

Turut hadir pada majlis korban tersebut ialah Penaung AJK Takmir Masjid Kampung Kilanas, Dato Seri Setia Haji Mahalle bin Abdullah dan Ketua Kampung Kilanas, Haji Mohd Rais bin Haji Sabtu.

Majlis ini bertujuan untuk memupuk dan menjalinkan hubungan silaturahim antara AJK masjid dengan para jemaah masjid berkenaan.

Antara lain, ia juga diadakan untuk melahirkan nilai kerjasama dan saling bantu-membantu antara para jemaah yang dapat dipupuk melalui aktiviti bergotong-royong dalam memotong dan melapah daging-daging korban yang akan diagihkan.

Turut mengadakan majlis korban ialah para penduduk Kampung STKRJ Kampung Sungai Buloh.

Seramai 120 orang hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung Sungai Buloh, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Ibrahim/P.A Rahim selaku tetamu kehormat.

Penduduk Kampung STKRJ Kampung Sungai Buloh giat bergotong–royong membahagikan daging-daging korban.
Penduduk Kampung STKRJ Kampung Sungai Buloh giat bergotong–royong membahagikan daging-daging korban.
Ketua Kampung Sungai Buloh, Pengiran Haji Ismail menyampaikan daging-daging korban kepada salah seorang penerima.
Ketua Kampung Sungai Buloh, Pengiran Haji Ismail menyampaikan daging-daging korban kepada salah seorang penerima.

Sebanyak dua ekor kerbau telah dikorbankan dan daging-daging korban tersebut kemudiannya diagihkan kepada asnaf fakir miskin dan para penduduk kampung yang hadir.

Majlis dimeriahkan lagi dengan laungan takbir raya dan bacaan doa selamat yang diketuai oleh jemputan pelajar dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah. Pengerusi majlis pada hari tersebut ialah Haji Kelana bin Haji Md Said.

Sementara itu, majlis pengagihan daging-daging korban kepada anak-anak yatim dan orang-orang kurang berkemampuan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha sumbangan Syarikat Nawal Sendirian Berhad juga mengambil tempat baru-baru ini.

Majlis itu telah diadakan di rumah pengerusi PeSTAB, Awang Seruddin bin Awang Damit beralamat di No: 18, Simpang 63-37, Jalan 99, RPN Rimba Gadong.

Hadir pada majlis itu ialah Pengurus Syarikat Nawal Sendirian Berhad, Dayang Syafiqah binti Puteh.

Pengurus Syarikat Nawal Sendirian Berhad ketika mengagihkan daging korban kepada 50 orang yatim.
Pengurus Syarikat Nawal Sendirian Berhad ketika mengagihkan daging korban kepada 50 orang yatim.
Antara yang mereka hadir termasuk ahli-ahli Penggiat Seni Tanah Air Brunei.
Antara yang mereka hadir termasuk ahli-ahli Penggiat Seni Tanah Air Brunei.
Daging-daging korban yang diagihkan kepada anak-anak yatim dan orang-orang kurang berkemampuan.
Daging-daging korban yang diagihkan kepada anak-anak yatim dan orang-orang kurang berkemampuan.

Disamping itu, pelakon-pelakon tanah air, ahli-ahli Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB) dan juga pelakon iklan kopi Goji Nawal, Dang Kasum dan Awang Seruddin bin Awang Damit juga hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Seramai 50 orang anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan telah menerima pengagihan daging-daging korban sumbangan Syarikat Nawal Sdn Bhd yang telah disampaikan oleh Pengurus Syarikat berkenaan, Dayang Syafiqah binti Puteh.

Pelbagai pihak di negara ini juga telah mengadakan pelbagai majlis keagamaan seperti majlis-majlis ibadah korban bersama ahli keluarga dan sumbangan keluarga kepada masyarakat setempat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Antaranya sepertimana yang telah diungkayahkan oleh belia-belia HMSC (Haji Md Salleh bin Chabang) sebagai pemudah cara bagi para ahli keluarga mereka untuk menunaikan ibadah korban yang bertempat di Simpang 92, Kampung Bunut, baru-baru ini.

Seramai 30 mustahiq (penerima-penerima berhak) yang terdiri daripada penduduk Kampung Bunut, Kampung Madewa dan Kampung Tasek Meradun.
Seramai 30 mustahiq (penerima-penerima berhak) yang terdiri daripada penduduk Kampung Bunut, Kampung Madewa dan Kampung Tasek Meradun.
Haji Abu Hanifah ketika menyampaikan daging-daging korban kepada 30 mustahiq (penerima-penerima berhak).
Haji Abu Hanifah ketika menyampaikan daging-daging korban kepada 30 mustahiq (penerima-penerima berhak).

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Haji Abu Hanifah bin Haji. Md Salleh yang berkesudian untuk mengagihkan daging-daging korban kepada 30 mustahiq (penerima-penerima berhak) yang terdiri daripada penduduk Kampung Bunut, Kampung Madewa dan Kampung. Tasek Meradun.

Para mustahiq itu telah dipilih oleh ahli jawatankuasa majlis ibadah korban belia HMSC.

Sebanyak tiga ekor sapi telah dikorbankan yang disumbangkan oleh 21 peserta korban manakala tujuh orang peserta pula telah mengorbankan seekor sapi bagi tujuan akikah.

Ini merupakan kali kedua majlis yang seumpamanya diadakan sebagai salah satu aktiviti tahunan keluarga HMSC.

ARTIKEL YANG SAMA