Ibadah korban terus dilaksana dengan penuh kesyukuran

Ibadah korban terus dilaksana dengan penuh kesyukuran

Gambar oleh Rokiah Mahmud

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan dan kemeriahan ini, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Ibadah Korban, disertai oleh para pegawai dan kakitangannya yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat kelmarin.

Majlis anjuran Badan Kebajikan dan Sukan, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat itu dihadiri oleh oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar.

Majlis dimulakan dengan laungan takbir hari raya dan sejurus itu diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada peserta-peserta yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman dan Yang Dimuliakan Pehin Haji Judin.

Tetamu kehormat (tengah) ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Tetamu kehormat (tengah) ketika menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA