Ibadah korban terus semarakkan Hari Raya Aidiladha

Ibadah korban terus semarakkan Hari Raya Aidiladha

Oleh Pg Fairol RMF, Sahama & Hazman HM

 

MAJLIS ibadah korban terus giat diadakan di seluruh negara sempena Hari Raya Aidiladha.

Ibadah tersebut dapat memberi peluang kepada penduduk dan masyarakat untuk beramal dan bersedekah bagi melaksanakan perintah Allah semata-mata dan melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata’ala di atas rezeki yang dikurniakanNya.

Di samping itu, ia turut berperanan untuk memupuk sifat bergotong-royong dan mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat,

Baru-baru ini, belia-belia dari Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) kembali mengadakan majlis ibadah korban di Sekolah Tadika Alif, Tungku.

Ahli-ahli dan sukarelawan lelaki bertugas untuk menyembelih lima ekor kerbau yang dikorbankan manakala ahli-ahli wanita pula memotong dan mengagihkan daging. Usaha gigih ini juga diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada keluarga yang memerlukan.

Ahli-ahli dan sukarelawan KESAN mengagihkan daging korban kepada keluarga yang memerlukan.
Ahli-ahli dan sukarelawan KESAN mengagihkan daging korban kepada keluarga yang memerlukan.
Ahli-ahli dan sukarelawan KESAN wanita bekerjasama memotong dan mengagihkan daging.
Ahli-ahli dan sukarelawan KESAN wanita bekerjasama memotong dan mengagihkan daging.

pgm8_160915_c

pgm8_160915_j

Majlis korban ini secara tidak langsung berperanan untuk memupuk sifat bergotong-royong di kalangan para-para belia di samping membentuk ahli KESAN untuk menjadi pemimpin yang adil dan juga mencintai rakyat.

Sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha, Syarikat Perniagaan Malar Setia pula mengadakan Majlis Silaturahim bertempat di kediaman Haji Abdul Rahman bin Haji Metassim yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat tersebut.

Majlis di mulakan dengan bacaan doa selamat dan dimeriahkan dengan cabutan hadiah nama bertuah.

Ia merupakan satu acara tahunan yang diungkayahkan bagi mengeratkan lagi hubungan para pekerja dengan pihak pengurusan syarikat.

pgm8_160915_d

Kemeriahan suasana Majlis Silaturahim anjuran Syarikat Perniagaan Malar Setia sempena Hari Raya Aidiladha.
Kemeriahan suasana Majlis Silaturahim anjuran Syarikat Perniagaan Malar Setia sempena Hari Raya Aidiladha.
Sikap kerjasama dan bergotong-royong dalam kalangan ahli jawatankuasa takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara sewaktu melaksanakan proses ibadah korban.
Sikap kerjasama dan bergotong-royong dalam kalangan ahli jawatankuasa takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara sewaktu melaksanakan proses ibadah korban.

SONY DSC

Ibadah korban turut diadakan di perkarangan Masjid Setia Ali, Pekan Muara anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan sempena Hari Raya Aidildha 1437H.

Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak yang turut berkesudian untuk menyampaikan pembahagian daging korban kepada penerima agihan daging korban dan peserta yang melaksanakan korban dan akikah.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Imam Masjid berkenaan dan juga selaku pengerusi majlis, Pengiran Haji Rosman bin Pengiran Haji Shahbudin, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya.

Antara kelebihan dan keistimewaan ibadah korban ialah untuk berbakti dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Di samping itu, pengagihan daging korban dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta ibadah korban dengan Takmir Masjid Setia Ali, belia dan beliawanis masjid dan penduduk kampung disekitarnya. Ianya juga dapat mengikis sikap mementingkan diri sendiri dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada hambaNya.

Sementara di Daerah Tutong, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong juga turut mengadakan majlis ibadah korban yang berlangsung di masjid tersebut.

Sebanyak lapan ekor kerbau telah dikorbankan dalam majlis tersebut.

Berkesudian untuk mengagihkan daging korban kepada salah seorang peserta di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.
Berkesudian untuk mengagihkan daging korban kepada salah seorang peserta di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.
Haji Mohd Khalidin membaca doa dan seterusnya menyembelih salah seekor kerbau yang di korbankan.
Haji Mohd Khalidin membaca doa dan seterusnya menyembelih salah seekor kerbau yang di korbankan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, Dato Paduka Haji Abdullah bin Haji Mohd Jaafar, yang seterusnya berkesudian untuk mengagihkan daging-daging korban kepada para peserta yang menyertai ibadah korban pada tahun ini.

Juga turut mengagihkan daging-daging korban kepada penduduk di sekitar Masjid dan Ahli Jawatankuasa kerja ialah Haji Mohd Soffi bin Orang Kaya Seri Wijaya Haji Abdullah yang juga bertugas selaku Ahli Penasihat .

Melalui majlis ibadah korban yang merupakan satu projek tahunan Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong yang antara lain bertujuan untuk meningkat dan mengukuhkan lagi keimanan penduduk di sekitar kawasan itu dengan mengungkayahkan perkara-perkara berkebajikan.

Manakala di Masjid Kampung Keriam, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid tersebut turut mengorbankan enam ekor kerbau sempena Hari Raya Aidiladha.

Hadir di majlis tersebut ialah Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abdul Rauf, Penghulu Mukim Keriam yang juga Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong yang seterusnya berkesudian untuk mengagihkan daging-daging korban kepada para peserta yang menyertai ibadah korban pada tahun ini.

Majlis Ibadah Korban ini merupakan salah satu projek tahunan Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong yang antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk di sekitar kampung itu untuk beramal dan bersedekah bagi melaksanakan perintah Allah semata-mata dan melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata’ala di atas rezeki, nikmat dan kurniaNya serta meningkatkan dan mengukuhkan lagi keimanan dengan mengungkayahkan perkara-perkara berkebajikan.

ARTIKEL YANG SAMA