Ibnu Rahawaih juara kuiz Bahasa Arab

Ibnu Rahawaih juara kuiz Bahasa Arab

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Kumpulan Usuluddin Ibnu Rahawaih diumumkan sebagai johan selepas berjaya menewaskan Kumpulan Syariah Ibnu Qutaibah dengan mengumpul 72 mata dalam Pertandingan Kuiz Bahasa Arab antara kelas-kelas PRA U1 bagi tahun 2016 Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), hari ini.

Pertandingan kuiz yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan itu antara lain bertujuan untuk melahirkan generasi yang minat Bahasa Arab, di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab seterusnya mewujudkan kerjasama dalam kumpulan.

Di majlis itu, penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Unit Sekolah Arab di Jabatan Pengajian Islam, Pengiran Datin Mas Relawati@ Khadijah binti Pengiran Haji Mohd Said.

Ketua Jabatan Lughah Arabiah, SMALHB, Hajah Rosita binti Haji Mohammad semasa majlis tersebut menjelaskan bahawa pertandingan kuiz Bahasa Arab ini merupakan salah satu pertandingan yang besar dengan tujuan melatih para pelajar untuk fasih bercakap dalam Bahasa Arab dengan betul.

Kumpulan Usuluddin Ibnu Rahawaih juara dalam pertandingan kuiz Bahasa Arab.
Kumpulan Usuluddin Ibnu Rahawaih juara dalam pertandingan kuiz Bahasa Arab.

Dengan adanya pertandingan ini, tambahnya lagi, akan melatih para pelajar untuk berfikiran mantap dan meluaskan pengetahuan dalam ilmu nahu dan menambah kosa kata dan tatabahasa mereka.

Pertandingan yang merupakan aktiviti akhir tahunan anjuran Jabatan Lughah Arabiah itu telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Saraf, Nahu, Balaghah dan Makrifah Ammah.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan Kalam Jamie dan tayangan slaid video yang memaparkan aktiviti Jabatan Lughah Arabiah.

ARTIKEL YANG SAMA