iBowl sambut ulang tahun pertama

iBowl sambut ulang tahun pertama

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI EBGAWAN, 19 Jun – Bagi menyemarakkan sambutan ulang tahunnya yang pertama, iBowl, baru-baru ini, mengadakan kejohanan maraton tiga hari di premisnya di Kawasan Komersial Batu Satu, Jalan Tutong, di sini.

Tampil juara dalam kejohanan berkenaan ialah Pengiran Haji Yasfadillah, sementara semua pemain yang terlibat juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah dalam cabutan undi bertuah sempena kejohanan tiga hari berkenaan.

Menurut jurucakap iBowl, majlis berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan dan pihak iBowl sangat berbesar hati dengan sokongan padu semua pemain untuk bertan-ding dan memeriahkan lagi sambutan ulang tahun pertama iBowl itu.

Gambar ramai sebahagian besar para peserta dalam kejohanan ulang tahun pertama iBowl itu.
Gambar ramai sebahagian besar para peserta dalam kejohanan ulang tahun pertama iBowl itu.

ARTIKEL YANG SAMA