Ibra bakal sertai United?

Ibra bakal sertai United?

LONDON, 27 Julai (Agensi) – Zlatan Ibrahimovic mengejutkan Manchester United apabila mengumumkan kesediaan untuk beraksi di bawah bimbingan pengendali pasukan berkenaan, Louis van Gaal.

Peledak Paris Saint-Germain (PSG) itu sebelum ini tidak mengambil kesempatan untuk berbaik dengan pengurus skuad The Red Devils itu, selepas kedua-duanya berselisih ketika pemain berkenaan beraksi bersama Ajax pada awal kerjayanya.

Tatkala dia mengakui memang tidak mempunyai hubungan baik dengan Val Gaal, Ibramovic bagaimanapun sedia mengenepikan isu peribadinya itu demi kerjaya profesionalnya.

“Pada akhirnya, saya profesional dan beliau pun profesional,” kata pemain itu kepada Sports Illustrated.

“Dengan sesiapa pun saya bekerja, saya tidak pernah berdepan dengan masalah seperti ini kerana akhirnya saya perlu melaksanakan tanggungjawab saya dan dia juga perlu berbuat serupa.

“Dan saya fikir banyak saingan akan berlaku, tapi itu memang saya gemari. Bukan tidak baik (hubungan).

“Ketika itu dia adalah pengarah di Ajax, namun cara dia bekerja tidak serasi dengan apa yang saya lakukan.”

Ibrahimovic sebelum ini pernah mengkritik Van Gaal apabila memanggil pengendali dari Belanda itu dengan ‘a pompous a***’ dalam buku autobiografinya ‘I am Zlatan’.

Van Gaal sebelum ini membuatkan penyokong United dalam keadaan berteka teki selepas dia mengumumkan akan membuat kejutan dalam pembelian penyerang.

ARTIKEL YANG SAMA