Ibra bantu PSG kukuhkan Penguasaan

Ibra bantu PSG kukuhkan Penguasaan

PARIS, 1 Feb – Dua gol penyerang sensasi, Zlatan Ibrahimovic membolehkan Paris Saint Germain (PSG) terus melebarkan jurang di puncak liga dengan 24 mata selepas menundukkan Saint Etienne 2-0 dalam aksi Ligue 1, semalam.

Kemenangan itu bukan sahaja menyaksikan PSG merakam rekod kemenangan 13 kali berturut-turut, malah PSG turut memecahkan rekod berusia 20 tahun milik Nantes selepas merakam 32 aksi liga tanpa kalah dengan kelab Paris itu tewas kali terakhir di tangan Bordeaux, Mac tahun lalu.

“Ramai orang bercakap mengenai rekod dan ini memberi motivasi kepada barisan pemain saya walaupun mereka tidak memerlukannya langsung.

“Saya mahukan lebih lagi daripada pemain saya dan meskipun kami berjaya memecahkan rekod, saya lebih menyukai semangat tidak putus ada yang ditunjukkan anak buah saya,” kata pengurus PSG, Laurent Blanc selepas perlawanan.

“Pasukan ini seolah-olah tiada tandingan,” kata Jurulatih Saint Etienne Christophe Galtier. “Kami tidak pernah melihat keadaan seperti dalam liga ini, walaupun Lyon apabila mereka telah menguasai segala-galanya.”

Ibrahimovic selepas menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan antara AS Saint-Etienne dan Paris Saint-Germain. – AFP
Ibrahimovic selepas menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan antara AS Saint-Etienne dan Paris Saint-Germain. – AFP

PSG kini mengutip 63 mata dalam 23 perlawanan selepas merekod 20 kemenangan dan tiga seri, sementara pasukan di tempat kedua mengutip 39 mata selepas tewas 3-0 di tangan Angers yang kini memiliki 37 mata di tempat ketiga liga.

Pemain sayap PSG, Angel Di Maria sentiasa mengancam barisan pertahanan lawan menerusi larian dan hantarannya dengan dia mencipta gerakan buat Ibrahimovic yang menjaringkan gol kedua buat PSG menerusi jaringan menggunakan lutut melepasi barisan pertahan Saint Etienne. Namun, gol pembukaan hadir menerusi Ibrahimovic yang tidak dikawal bijak menyudahkan hantaran lintang Serge Aurier pada minit ke-62 dengan satu rembatan dari dalam kotak penalti. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA