Ibra boleh kemudi pasukan – Ljungberg

Ibra boleh kemudi pasukan – Ljungberg

PARIS, 9 Jun – Legenda Sweden Freddie Ljunberg berkata, negaranya boleh terselamat daripada ‘kumpulan maut’ Euro 2016 dengan bintang Zlatan Ibrahimovic akan beraksi dalam Kejohanan Eropah terakhirnya.

Erik Hamren dari Sweden memulakan kempen menentang Republik Ireland di Stade de France Paris 13 Jun ini dan juga akan menghadapi Belgium dan Itali dalam Kumpulan E.

Sweden akan diketuai oleh bintang penyerang mereka, Ibrahimovic, 34, yang menumpukan masa depannya selepas menamatkan kontrak bersama Paris Saint Germain dan dikaitkan dengan Manchester United.

“Dia adalah pemain terbesar dalam pasukan dan banyak yang bergantung kepadanya untuk menjaringkan gol kami,” kata Ljunberg, yang melatih pasukan Bawah 15 tahun Arsenal setelah memenangi 75 kap terakhirnya menjadi kapten Sweden di Euro 2008 ketika mereka tersingkir selepas peringkat kumpulan.

Ibrahimovic menyertai latihan pasukan kebangsaan Sweden di Saint-Nazaire semalam menjelang perlawanan Euro 2016. – AFP
Ibrahimovic menyertai latihan pasukan kebangsaan Sweden di Saint-Nazaire semalam menjelang perlawanan Euro 2016. – AFP

Ibrahimovic adalah penjaring terbanyak negaranya pada persaingan Eropah dengan enam gol dalam 10 perlawanan dan 19 gol Sweden dalam kelayakan. Beliau juga menjaringkan 11 gol termasuk tiga dalam kemenangan persaingan playoff menentang Denmark.

Dia menjaringkan 62 gol dalam 112 kemunculan antarabangsa sejak kemunculannya dalam 2001. Bekas pemain sayap Arsenal dan West Ham, Ljunberg berkata permainan agresif Ibrahimovic boleh membawa Sweden ke peringkat kalah mati, seperti yang mereka lakukan dalam suku akhir Euro 2004 dalam persaingan terakhir.

“Ia adalah soal bagaimana kami beraksi, jadi penting bagi Sweden mempunyai persaingan yang bagus dalam usaha kami untuk berkembang. – AFP