Ibra mungkin kembali ke AC Milan

Ibra mungkin kembali ke AC Milan

MILAN, 6 Mei (AFP) – Pemain Paris Saint-Germain Zlatan Ibrahimovic berkemungkinan akan menimbangkan semula mengenai kepulangannnya ke AC Milan dalam Serie A, menurut ejen penyerang Sweden itu dalam satu laporan semalam.

Ibrahimovic dijangka meninggalkan juara Perancis pada akhir musim, dengan laporan mendakwa penyerang berusia 34 tahun itu mungkin menuju ke Liga Perdana England.

Ejen Ibrahimovic Mino Raiola memberitahu majalah lelaki GQ Italia bahawa pemain Sweden itu mungkin kembali ke Itali, di mana dia juga bermain untuk Juventus dan Inter Milan.

Petikan yang disiar di gazzetta.it, memetik Raiola sebagai berkata, “Ibra mungkin kembali ke Itali, ke Milan.”

Dalam apa yang dilihat sebagai rujukan tersembunyi kepada laporan terbaru yang mengkaitkan Ibrahimovic kepada perjanjian berjumlah 75 juta euro satu musim di China. Raiola, dalam petikan daripada temu bual majalah, menambah: “Ibra adalah seorang pemain yang mampu melakukan beberapa teknik mengagumkan. Malah menolak berjuta-juta euro untuk pergi ke AC Milan. Dia masih belum membuat keputusan.”

Ibrahimovic ketika meraikan kemenangan pasukannya di Stadium Stade de France. Ibra dijangka meninggalkan juara Perancis pada akhir musim, dengan laporan mendakwa penyerang berusia 34 tahun itu mungkin menuju ke Liga Perdana England. – AP
Ibrahimovic ketika meraikan kemenangan pasukannya di Stadium Stade de France. Ibra dijangka meninggalkan juara Perancis pada akhir musim, dengan laporan mendakwa penyerang berusia 34 tahun itu mungkin menuju ke Liga Perdana England. – AP

Raiola juga mewakili pemain midfield Juventus Paul Pogba dan penyerang AC Milan yang dipinjam oleh Liverpool Mario Balotelli.

Dia mengetepikan dakwaan mengatakan Pogba akan mengalih perhatiannya daripada juara baru Juve oleh Chelsea pada musim panas ini, namun menambah: “Sekurang-kurangnya bukan sekarang.”

Dia percaya Balotelli, yang masih belum menghidupkan semula kerjayanya yang turun baik di pasukan Itali Milan, akan menandingi ikon Barcelona Lionel Messi sekiranya dia mempunyai sikap yang sama terhadap kerjayanya sama seperti Ibrahimovic.

Balotelli hanya kembali kepada pertandingan baru-baru ini di tengah kempen yang diselubunyi kecederaan tetapi walaupun memperoleh pujian atas beberapa siri prestasi yang tenang, bekas penyerang Piala Dunia itu dijangka dikecualikan daripada skuad Euro 2016 Itali oleh jurulatih Antonio Conte pada akhir bulan ini.

“Jika dia (Balotelli) mempunyai sikap yang sama seperti Ibrahimovic, Messi akan mempunyai anugerah Ballon d’Or yang kurang,” cadangnya.

Portfolio pemain Raiola yang pelbagai bermakna dia dianggap sebagai berpengaruh oleh kebanyakan pemerhati sukan, sementara dianggap paria oleh beberapa jurulatih dan pengurus terkenal – di antaranya Sir Alex Ferguson, yang telah bertikam lidah dengan ejen Belanda itu sebelum pesaraan pengurus Scotland itu daripada bola sepak.

ARTIKEL YANG SAMA