Ibra pemain terbaik Ligue 1 Perancis

Ibra pemain terbaik Ligue 1 Perancis

PARIS, 9 Mei (AFP) – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovich memenangi anugerah pemain terbaik tahunan dalam saingan Ligue 1 buat kali ketiga berturut-turut, malam tadi.

Ibrahimovich memenangi anugerah itu hasil undian oleh pemain dalam liga itu sekali gus mengatasi pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya, Angel Di Maria selain penyerang Nice, Hatem Ben Arfa dan pemain tengah Marseille, Lassana Diarra.

Pemain berusia 34 tahun itu nyata berhak memenangi anugerah berkenaan selepas menjaringkan 35 gol sekali gus membantu PSG meraih gelaran keempat liga berturut-turut musim ini.

AD3S7

PSG kini dilandasan tepat untuk mengulangi kejayaan meraih gelaran treble dalam saingan domestik musim lalu selepas menjuarai Piala Liga, bulan lalu dan mereka akan menentang Marseille dalam final Piala Perancis, 21 Mei ini.

Bagaimanapun, masa depan Ibrahimovich di Paris masih belum diketahui selepas kontraknya akan tamat pada hujung musim ini.

Sementara itu, jurulatih PSG, Laurent Blanc meraih anugerah jurulatih terbaik buat musim kedua berturut-turut manakala penyerang Rennes berusia 18 tahun, Ousmane Dembele dipilih sebagai pemain muda terbaik apabila dia menjaringkan 12 gol pada penampilan pertamanya dalam saingan liga musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA