Ibrahimovic akan hukum City

Ibrahimovic akan hukum City

MANCHESTER, 12 April (AFP) – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) Laurent Blanc percaya Zlatan Ibrahimovic tidak akan ‘belas kasihan’ lagi kepada pertahanan Manchester City ketika kedua-dua pasukan bertembung pada aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Ibrahimovic yang tampil penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG, mensia-siakan peluang keemasan ketika seri 2-2 pada suku akhir pertama termasuk sepakan penalti yang diselamatkan Joe Hart dan gagal menyudahkan peluang terbuka ketika gawang sudah ternganga.

Bagaimanapun, dia berjaya menemui gawang pada minit ke-41 dan Blanc percaya bintang sensasi Sweden itu tidak akan mensia-siakan lagi peluang yang diperolehnya awal pagi esok.

Apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-41, dia ‘terhutang budi’ dengan kesilapan nyata pemain tengah City Fernando, tetapi Blanc tidak percaya superstar Sweden itu ‘berlembut’ lagi di Stadium Etihad.

Ibra menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Etihad kelmarin sebagai persediaan untuk menentang City dalam Liga Juara-Juara. – AFP
Ibra menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Etihad kelmarin sebagai persediaan untuk menentang City dalam Liga Juara-Juara. – AFP

“Kami sentiasa terkejut apabila Zlatan melepaskan peluang,” kata jurulatih PSG, Laurent Blanc. “Sebagai seorang penyerang, ia sentiasa berlaku dalam karier atau satu-satu perlawanan. Malang bagi kami dan juga dia kerana ia berlaku pada perlawanan itu.

“Sepertiyang anda ketahui, dia adalah seorang pemain yang benar-benar tegas dengan diri sendiri. Saya pasti dia akan terdorong untuk menunjukkan sesuatu terutamanya dalam kejituan serangan.

“Tetapi dia tetap menjaringkan gol. Ia mungkin jaringan yang kita tidak jangka tetapi ia tetap gol. Saya pasti dia akan menunjukkan sesuatu yang berbeza pada perlawanan suku akhir kedua terutamanya daripada segi ketajaman penyudah.

“Daripada statistik, kamu tidak boleh meragui keupayaannya.”