Ibrahimovic bantu PSG layak

Ibrahimovic bantu PSG layak

PARIS, 11 Feb – Zlatan Ibrahimovic meledak dua gol untuk membantu juara bertahan, Paris Saint Germain (PSG), membenam Lyon 3-0, sekali gus mara ke peringkat suku akhir Piala Perancis dan mencatat rekod 16 kemenangan berturut-turut.

Ibrahimovic meledak gol pembukaan pada minit ke-63 sebelum menambah satu lagi gol empat minit berselang.

Adrien Rabiot meledak gol ketiga buat pasukan tuan rumah dan menyaksikan anak buah Laurent Blanc itu berpeluang mengulangi pencapaian treble domestik yang diraih musim lalu.

Kehadiran bekas penyerang handalan Barcelona, Zlatan Ibrahimovic ternyata berbaloi untuk membantu PSG menyaingi kehebatan pasukan lawan.

PSG bakal bertemu juara enam kali, Saint Etienne, pada saingan suku akhir yang turut ditundukkan oleh PSG pada saingan Piala Liga Perancis, Disember lalu.

Ibrahimovic (kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol keduanya semasa menentang Lyon. – Reuters
Ibrahimovic (kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol keduanya semasa menentang Lyon. – Reuters

“Kami bermula dengan kurang baik, namun bertambah baik ketika di penghujung separuh masa pertama dan meneruskan rentak pada separuh masa kedua,” kata Rabiot.

Pasukan bimbingan Blanc itu bakal melayan kunjungan Chelsea pada aksi Liga Juara Juara Eropah minggu hadapan, namun mereka perlu berhadapan dengan Lille terlebih dahulu, Sabtu ini.

“Kami sudah mula melakukan persiapan untuk perlawanan menentang Chelsea. Aksi menentang Lille ini dilihat sedikit mengganggu persiapan kami,” kata Blanc. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA