Ibrahimovic belum puas

Ibrahimovic belum puas

PARIS, 20 Mei (AFP) – Zlatan Ibrahimovic berazam mahu menjulang satu lagi trofi terakhir ketika melabuh tirai kerjayanya yang memecahkan rekod Paris Saint-Germain dalam perlawanan terakhir Piala Perancis menentang pesaing Marseille, esok.

Ibrahimovic, yang memadamkan rekod jaringan awal musim ini dan sekarang dengan 154 gol daripada 179 perlawanan, mengumumkan dia akan meninggalkan Paris apabila kontraknya mansuh pada akhir Jun selepas empat tahun dengan kejayaan trofi di Perancis.

Pemain dari Sweden itu akan dilihat untuk mengangkat pasukan Laurent Blanc bagi tiga kemenangan untuk kali kedua yang akan menyaksikan PSG akan menyamakannya dengan kejayaan Marseille sebagai pemenang 10 kali Piala Perancis.

Ibrahimovic menjaringkan gol ke-37 dan 38 liga ketika membenam Nantes 4-0 Sabtu lalu dalam kemunculan terakhirnya di Parc des Princes bagi mengatasi jumlah jaringan penyerang Argentina, Carlos Bianchi dengan 37 gol yang dicatatkan pada musim 1977/78.

Setelah dimahkotakkan pemain tahunan Perancis untuk kali ketiga, sebelum mengisytiharkan “saya datang seperti raja, keluar seperti legenda,” Ibrahimovic dilihat akan tunduk memberikan penghormatan dengan reputasinya yang meningkat.

Walaupun pemain berusia 34 tahun itu terlepas latihan kerana mengalami kecederaan kaki minggu ini, tidak terdapat persoalan mengenai bintang dari Sweden itu akan menerajui serangan PSG untuk kali terakhir di Stade de France.

“Inilah masa yang menyedihkan, tetapi projek akan diteruskan. Begitu juga dengan kerjaya Zlatan. Anda perlu melalui saat seperti ini untuk terus ke depan,” kata Blanc, yang menggambarkan impak Ibrahimovic ke atas kelab itu.

“Zlatan telah membawa kelab itu banyak berubah di luar jangkaan. Dia mencatatkan salah satu musim terbaik sebagai pemain bola sepak dan satu kegembiraan besar untuk bertugas bersamanya.”

ARTIKEL YANG SAMA