Ibrahimovic cipta sejarah

Ibrahimovic cipta sejarah

PARIS, 5 Okt (Reuters) – Zlatan Ibrahimovic menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Paris St Germain apabila menerajui Juara Perancis itu dalam kemenangan 2-1 di laman sendiri menentang pesaing Olympique de Marseille (OM) dalam Ligue 1 semalam.

Ibrahimovic, yang menyertai kelab itu dari AC Milan pada 2012, menjaringkan dua gol penalti sebelum rehat untuk membawa jumlah jaringannya bersama PSG kepada 110, yang mengatasi rekod kelab itu yang dicatatkan oleh Pedro Miguel Pauleta dari Portugal di antara tahun 2003 dan 2008.

Marseille membuka jaringan menerusi Michy Batshuayi pada setengah jam dan dua jaringan Ibrahimovic meletakkan tuan rumah di depan, mereka terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan apabila sepakan penalti menerusi Abdel-aziz Barrada diselamatkan oleh Kevin Trapp.

Kemenangan kelapan berturut–turut PSG ke atas OM membolehkan pasukan kendalian Laurent Blanc itu mencatatkan 23 mata dari sembilan perlawanan di depan Angers dengan lima mata selepas pasukan yang menerima sokongan itu menewaskan Bastia 1-0 pada Sabtu lalu.

Ibrahimovic meraikan jaringan golnya pada perlawanan tersebut. – AFP
Ibrahimovic meraikan jaringan golnya pada perlawanan tersebut. – AFP

Marseille bermula dengan baik di Parc des Princes apabila Batshuayi dengan mudah menewaskan David Luiz untuk menanduk masuk hantaran lintang dari Barrada dan mendahului kedudukan.

PSG, yang berada di bawah perhatian penyanyi Rihanna dan bekas pemain penyerang Brazil, Ronaldo, menukar permainan sebelum separuh masa pertama berakhir.

Tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti apabila penjaga gol Marseille, Steve Mandanda terlepas hantaran ke belakang dan tepat kepada Ibrahimovic, yang menyudahkan sepakan pada minit ke-41.

Tiga minit kemudian, handball berpunca dari Rolando memberikan satu lagi sepakan penalti. Ibrahimovic, yang berusia 34 tahun pada Sabtu lalu, menyudahkan sepakan tetapi pengadil perlawanan Benoit Bastien, mengarahkan sepakan dilakukan semula ketika dua pemain PSG melangkah masuk ke dalam kawasan penalti.

Ibra terus fokus dan sekali lagi menyudahkan jaringan sebelum menerima sorakan gemuruh apabila digantikan Javier Pastore pada minit ke 71.