Ibrahimovic, Kalstrom pemain terkenal Sweden

Ibrahimovic, Kalstrom pemain terkenal Sweden

STOCKHOLM, 8 Jun – Kapten pasukan Sweden, Zlatan Ibrahimovic tanpa ragu-ragu adalah pemain terbaik pasukan kebangsaan itu, diikuti pemain midfield veteran Kim Kallstrom, menurut kaji selidik hari ini.

Ibrahimovic, 34, telah diundi pemain terbaik dengan 81 peratus undian sementara Kallstrom memperoleh 24 peratus, lapor Radio Sukan Sweden.

Penyiaran itu membuat kaji selidik itu untuk mengukur siapa yang diundi sebagai dua pemain terkenal di Sweden.

Penyerang muda John Guidetti memberikan cabaran hebat terhadap Kallstrom, meraih 23 peratus, menurut kaji selidik itu.

Zlatan Ibrahimovic disambut baik oleh dua orang kanak-kanak ketika memperkenalkan barangan sukannya A-Z. – AFP
Zlatan Ibrahimovic disambut baik oleh dua orang kanak-kanak ketika memperkenalkan barangan sukannya A-Z. – AFP

Guidetti pada Ahad menjaringkan gol pertamanya buat Sweden dalam perlawanan persahabatan menentang Wales pada aksi terakhir pemanasan badan sebelum kejohanan Euro 2016.

Pakar Sukan Radio Sweden, Richard Henriksson berkata keputusan itu menunjukkan Ibrahimovic “tidak disukai oleh semua orang.”

Jaringan Guidetti itu agak mengejutkan apabila penyerang Celta Vigo itu nampaknya tidak bermain bersebelahan Ibrahimovic pada perlawanan pembukaan 13 Jun menentang Ireland, tambah Henriksson.

Kira-kira 1,500 orang diundi pada pertengahan bulan lepas. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA