Ibrahimovic ‘pecah-belahkan’ penyokong

Ibrahimovic ‘pecah-belahkan’ penyokong

MALMO, Sweden, 24 Nov (AFP) – Ketika penyerang Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovic kembali ke bandar kediamannya esok, sebahagian peminat Malmo berbelah bahagi sama untuk menyokong anak lelaki pemboros bandar raya itu atau pasukan yang melancarkan kerjayanya.

Di atas padang di kejiranan Rosengard yang padat dengan pendatang, di mana pemain dari Sweden berusia 34 tahun itu membesar, salah seorang rakan sepasukannya ketika kecil mengeluh ketika dia memikirkan ke mana sokongannya akan diberikan ketika persaingan Liga Juara–Juara antara Malmo dan PSG.

“Kedua-duanya. Mungkin untuk Malmo lebih sedikit,” kata Ivan Milosevic, sebelum ketawa dan menambah: “Saya penduduk Malmo” yang merujuk kepada istilah penduduk bandar raya itu.

Kedua-dua pemain yang dilahirkan pada tahun yang sama, memulakan kerjaya mereka di FBK Balkan, sebuah kelab tempatan yang diasaskan oleh pendatang dari bejas Yugoslavia pada 1962, di mana kelab berkata, itu menjadikan mereka pasukan bola sepak pendatang tertua di Eropah.

Zlatan Ibrahimovic dalam aksi Ligue 1 menentang Lorient pada 21 November lalu. - AFP
Zlatan Ibrahimovic dalam aksi Ligue 1 menentang Lorient pada 21 November lalu. – AFP

“Dia mempunyai sifat yang melucukan, jelas banyak kenakalan. Cedera dengan basikal, ketika berlatih, selalu mendapatkan bola, bergurau bersama yang lain dalam pasukan…,” katanya. “Dia berlari–lari tidak mendengar jurulatih. Melakukan apa yang dia suka dan menggelecek apabila mahu membuat hantaran.”

Hampir 15 tahun selepas meninggalkan Malmo untuk bersama Ajax, imej Ibrahimovic masih kekal apabila kerap dibelenggu kontroversi, daripada dakwaannya baru–baru ini bahawa dia meletakkan Perancis ‘dalam peta dunia’ sehingga menawarkan untuk mendermakan basikal yang ditandatanganinya kepada pemain wanita selepas FA Sweden memberikan ganjaran kepada pemain lelaki dengan Volvo baru.