Ibrahimovic selamatkan PSG

Ibrahimovic selamatkan PSG

PARIS, 17 Jan – Paris Saint Germain (PSG) perlu berterima kasih kepada Zlatan Ibrahimovic sekali lagi kerana menyelamatkan pasukannya menerusi jaringan tunggal pada separuh masa kedua untuk menang 1-0 ke atas Toulouse pada aksi liga, semalam.

Ternyata persembahan pada aksi itu jauh daripada standard sebenar persembahan pendahulu Ligue 1, namun jaringan tunggal Ibrahimovic itu mengekalkan rekod tanpa kalah skuad bimbingan Laurent Blanc itu dalam saingan liga setakat ini, selain rekod tanpa kalah dalam 30 perlawanan untuk kelab terbabit.

Penyerang berusia 35 itu menjaringkan gol jarak dekat pada minit ke-73 sekali gus memberikan kemenangan sembilan kali berturut-turut dalam semua perlawanan buat pasukan itu untuk mendahului persada liga dengan 23 mata mengatasi Angers di tangga kedua.

“Toulouse sering kali mengancam kami menerusi serangan balas pantas dan terbukti mereka begitu bagus dengan taktikal terbabit termasuk dari segi bertahan.

“Corak bermain terlalu bertahan dan serangan balas pantas adalah identiti bola sepak mereka. Kami mengalami kesukaran memandangkan kami sukar mengawal permainan. – AFP

Ibrahimovic meraikan jaringan tunggal bersama rakan sepasukan semasa menentang Toulouse dalam aksi Ligue 1, kelmarin. - Reuters
Ibrahimovic meraikan jaringan tunggal bersama rakan sepasukan semasa menentang Toulouse dalam aksi Ligue 1, kelmarin. – Reuters