Ibrahimovic suntik semangat PSG

Ibrahimovic suntik semangat PSG

PARIS, 4 Mei (AFP) – Zlatan Ibrahimovic, yang baru beraksi setelah kembali daripada penggantungan tiga perlawanan, mencetuskan kemenangan 2-0 Paris Saint Germain di Nantes dalam persaingan Ligue 1 semalam, sekali gus membolehkan mereka menghampiri gelaran Perancis yang ketiga.

Pemain dari Sweden itu membantu dalam dua jaringan ketika mengelecek bola di antara kaki kapten Nantes, Oswaldo Vizcarrondo untuk memberikan Blaise Matuidi peluang pada setengah jam perlawanan.

Edinson Cavani menjaringkan gol seawal tiga minit selepas pemain dari Sweden itu mencetuskan perebutan di depan gawang dengan rembatan kencang.

Kemenangan 2-0 meletakkan PSG dengan 74 mata di tangga teratas dengan Lyon tiga mata di belakang dengan baki tiga perlawanan.

Setelah memenangi Piala Liga dan dengan persaingan Piala Perancis menentang Auxerre pada 30 Mei, pasukan Laurent Blanc dalam laluan menyapu bersih gelaran domestik.

Pemain PSG, Matuidi meraikan jaringan bersama Ibrahimovic semasa menentang Nantes dalam aksi Ligue 1 di stadium Beaujoire di Nantes semalam. – Reuters
Pemain PSG, Matuidi meraikan jaringan bersama Ibrahimovic semasa menentang Nantes dalam aksi Ligue 1 di stadium Beaujoire di Nantes semalam. – Reuters

“Kami hadir bagi mendapatkan tiga mata dan ia adalah apa yang kami perlu bawa pulang. Jadi tahniah kepada semua pemain,” kata jurulatih PSG, Laurent Blanc.

“Saya tidak tahu jika kami semua berakhir sebagai juara tetapi sejak lima atau enam perlawanan lalu, kami sukar disaingi.

“Ia adalah mengenai konsentrasi dan keazaman untuk memenangi perlawanan. Dalam perlawanan di mana kami kehilangan bola, anda melihat pemain mula menyesuaikan diri,” jelasnya.

Vizcarrondo dimalukan apabila Ibrahimovic berjaya mengelirukankannya dengan hantaran dari celah kakinya sebelum Matuidi meluru dan menewaskan Remy Riou di gawang Nantes.